Semakan Kelayakan Bantuan Khas RM300 Kepada OKU (Tarikh Bayaran)

Semakan Kelayakan Bantuan Khas RM300 Kepada OKU (Tarikh Bayaran). Berita baik buat golongan OKU dan penjaga OKU dimana anda akan menerima bantuan khas sebanyak RM300 akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Bantuan Khas ini hanya diberikan kepada penerima Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah skim Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT), berdasarkan kepada senarai penerima bagi bayaran bantuan bulan Mei 2020. Bantuan khas ini tidak perlu dibuat permohonan dan bayaran dijangka dikreditkan pada bulan Julai 2020.

Semakan Kelayakan Bantuan Khas RM300 Kepada OKU (Tarikh Bayaran)

Semakan Kelayakan Bantuan Khas RM300 Kepada OKU (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas RM300 kepada golongan OKU termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh bayaran dan cara hubungi :

Tarikh Bayaran Bantuan Khas RM300 OKU

Bantuan khas RM300 ini akan diterima oleh penerima yang layak di bawah skim Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar selewat-lewatnya sebelum 15 Julai 2020.

Syarat Kelayakan Bantuan Khas RM300 OKU

Bantuan Khas ini hanya diberikan kepada penerima bantuan bulanan JKM di bawah skim Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar berdasarkan kepada senarai penerima bagi bayaran bantuan bulan Mei 2020.

Kaedah Bayaran Bantuan Khas RM300 OKU

Bantuan Khas ini akan dibayar melalui kaedah pindahan wang secara elektronik (EFT) kepada akaun penerima. Setiap penerima bantuan khas ini akan menerima RM300 secara one-off.

Artikel Berkaitan : Cara Daftar eKasih Bagi Golongan Miskin

Cara Semak Kelayakan Bantuan Khas RM300 OKU

Pemohon boleh membuat semakan dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan. Direktori Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah boleh didapati di laman sesawang www.jkm.gov.my atau Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.

Nota : Bantuan Khas ini tidak memerlukan permohonan kerana Bantuan Khas OKU ini adalah bantuan bersasar yang diberikan kepada penerima bantuan sedia ada iaitu penerima di bawah skim Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar. Senarai nama penerima bantuan direkodkan melalui sistem eBantuanJKM.

Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi pegawai-pegawai berikut :

1. En. Mohd Razuki Bin Sibi (Ketua Penolong Pengarah Kanan)

  • 03 – 8323 2362
  • mrazuki@jkm.gov.my

2. En. Mohd Zamry Bin Abulis (Penolong Pengarah Kanan)

  • 03 – 8323 2371
  • mzamry@jkm.gov.my

3. Seow Pui Ying (Penolong Pengarah)

  • 03 – 8323 2359
  • puiying@jkm.gov.my

atau menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan, atau menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.

BACA JUGA : Cara Mohon Bantuan Ibu Tunggal RM300 (PENJANA)

Leave a Reply