Semakan Status Dan Tarikh Bayaran BSH Bujang & Orang Kurang Upaya 2020. Panduan buat penerima yang layak menerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Untuk makluman, kerajaan baharu Malaysia masih meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan membantu golongan berpendapatan rendah B40 termasuk bujang dan Orang Kurang Upaya (OKU). Menurut makluman, pembayaran BSH bagi fasa pertama dan kedua telah diagihkan pada bulan Januari dan Mac lalu. Sebelum ini, individu bujang telah menerima RM200 pada 16 Mac 2020. Berdasarkan makluman terkini, kerajaan akan membayar tambahan RM100 bersama bayaran Fasa 3 BSH yang dijadualkan pada bulan Julai 2020.
Sedia maklum, sebelum ini kerajaan ada memperkenalkan kategori tambahan buat anak, tetapi tahun ini kategori tambahan adalah bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 18 tahun dan ke atas. Seramai 1.1 juta penerima golongan bujang akan menerima manfaat bantuan BSH secara one-off pada tahun ini.
Semakan Status Dan Tarikh Bayaran BSH Bujang & Orang Kurang Upaya 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :
Dalam pengumuman Bantuan Sara Hidup dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan baki pemberian tunai BSH yang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 billion.
Tarikh dan Jumlah Bayaran BSH Bujang 2020
Menurut portal BSH, kerajaan akan membayar tambahan RM100 kepada setiap penerima BSH. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020.
Penerima bujang dan OKU akan menerima bayaran BSH sebanyak RM300 secara one-off walau bagaimanapun kerajaan telah mempercepatkan bayaran daripada bulan Mei ke Mac akibat penularan wabak COVID-19. Pada 16 Mac 2020, penerima telah menerima pembayaran sebanyak RM200 manakala baki bayaran akan dikreditkan pada bulan Julai 2020.
Artikel Berkaitan : Semakan Status Dan Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Isi Rumah B40 2020
Kategori Bantuan Sara Hidup 2020
- Jumlah BSH RM1,000 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
- Jumlah BSH RM750 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000.
- Jumlah BSH RM500 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000
- Individu bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
- Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
Syarat Kelayakan BSH Bujang 2020
- Warganegara Malaysia
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal/ duda/ janda yang tidak mempunyai anak berumur 40 tahun hingga 59 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Nota : Bagi Orang Kurang Upaya adalah berumur 18 tahun dan ke atas.
Semakan Status Bantuan Sara Hidup Bujang 2020
- Semakan status boleh dibuat secara online di portal https://bsh.hasil.gov.my/
- Pilih menu ‘Semakan Status Bayaran’.
- Sila masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’.
- Klik pada butang Carian.
- Ruangan Captcha akan dipaparkan dan isikan semula kod Captcha seperti yang tertera.
- Kemudian, klik butang ‘Semak’.
- Status bayaran akan dipaparkan.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BSH, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau emel kepada bsh@treasury.gov.my
BACA JUGA : Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU