Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 Dan Tarikh Penunaian Baucar Di Kaunter BSN. Panduan buat pemohon baharu yang membuat permohonan Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran BSH 2020 Fasa Ketiga akan mula dibayar pada 24 Julai 2020 secara berperingkat berdasarkan kategori BSH. Namun begitu, ada penerima yang gagal dikreditkan ke akaun bank walaupun berstatus lulus. Kini, penerima boleh membuat penunaian BSH menggunakan Nombor Siri di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai pada 24 Julai 2020 (Jumaat) bagi yang tiada nombor akaun bank dan bagi yang gagal kredit. Sebelum itu, penerima perlu menyemak nombor siri Bantuan Sara Hidup menerusi portal rasmi BSH.

Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 Dan Tarikh Penunaian Baucar Di Kaunter BSN
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nombor siri Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3 termasuk memaparkan tarikh dan cara penunaian di Kaunter BSN :
Apa Itu Nombor Siri BSH
Nombor siri BSH ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Sara Hidup tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BSH untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.
Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3
Pembayaran BSH ke akaun penerima hanya akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDN kepada BSN. Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
Artikel Berkaitan : Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 23 Julai
Cara Semak Nombor Siri BSH Online
Nombor Siri boleh diperolehi dengan dipaparkan di Paparkan Maklumat Bayaran menerusi Portal BSH. Untuk semakan anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah :
- Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Masukkan No. MyKad.
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
- Klik pada ‘Paparan Maklumat Bayaran’.
- Masukkan kata laluan dan klik masuk.
- Klik pada maklumat bayaran.
- Nombor Siri BSH akan dipaparkan.

Cara Penunaian Bantuan Sara Hidup
Penunaian Bantuan Sara Hidup menggunakan Nombor Siri di kaunter BSN boleh dibuat mulai 24 Julai 2020 bagi yang tiada nombor akaun bank dan status pengkreditan adalah Gagal Kredit.
Soalan Lazim Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3
1. Semasa Pembayaran Fasa 2 BSH 2020, bayaran telah dibuat ke atas Akaun Pasangan (Isteri) saya. Walau bagaimanapun, Pasangan saya telah meninggal dunia pada bulan Mei 2020. Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 3 BSH 2020?
Pembayaran akan dibuat berdasarkan akaun bank yang telah dilaporkan dalam permohonan BSH 2020. Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat di kaunter BSN. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Portal BSH > Maklumat Pembayaran .
2. Saya adalah penerima Fasa 1 dan Fasa 2 sebagai Isi Rumah. Semasa tempoh permohonan BSH 2020, saya telah kemas kini permohonan sebagai kategori Bujang. Berapakah amaun Fasa 3 yang akan saya terima?
Amaun pembayaran Fasa 3 adalah berdasarkan amaun kelayakan kategori Bujang. Sekiranya telah menerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2, pembayaran Fasa 3 adalah terhad kepada Bayaran Khas Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) RM100 sahaja.
3. Permohonan Baharu BSH 2020 telah dibuat atas nama pasangan yang telah meninggal dunia pada Januari 2020. Adakah saya layak menerima Fasa 3 BSH 2020?
Bagi Permohonan Baharu BSH 2020, Pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Januari 2020 tidak layak menerima bayaran Fasa 3 dan Skim Khairat Kematian BSH 2020.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :
- Pusat Hubungan Pelanggan BSN : 1-300-88-1900
- LHDNM : 1-800 882 747
BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet



MACAM MANA NAK APLLY