Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH 2020 (SKK)

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH 2020. Panduan buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dimana anda berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000. Menerusi ungkapan daripada Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri, tuntutan bantuan khairat kematian boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) tahun 2020 boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH 2020 (SKK)

Skim Khairat Kematian adalah merupakan satu skim yang menggantikan Insurans Takaful Berkelompok yang dilaksanakan pada pemberian BR1M tahun 2014. Waris penerima BSH akan menerima manfaat bantuan ini dengan bayaran sebanyak RM1,000 yang berkuatkuasa pada tahun semasa.

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khairat Kematian RM1,000 termasuk memaparkan cara tuntutan :

Tuntutan Bantuan Khairat Kematian RM1,000

Borang tuntutan yang lengkap diisi perlu dihantar bersama dokumen yang diperlukan iaitu :

  • Sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kad pengenalan asal waris
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

MySalam Penerima BSH

Penerima BSH juga secara automatik mendapat bantuan kesihatan daripada MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenalpasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.

Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang diagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal. Selain itu, penerima juga berhak dilindungi apabila dimasukkan ke hospital sebanyak RM50 sehari bagi tempoh 14 hari semasa sakit.

Artikel Berkaitan : Semakan Kelayakan Skim Kesihatan PEKA B40 Untuk Penerima BSH (PENJANA)

Penerima BSH Luar Bandar Dan Pedalaman Sabah & Sarawak

Penerima Bantuan Sara Hidup di luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak perlu mendapat maklumat terkini tentang jadual dan tempat penerimaan bayaran tunai yang ditetapkan.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau emel ke bsh@treasury.gov.my.

BACA JUGA : Download Aplikasi MySejahtera & Claim RM50 Kredit eWallet Mulai Julai

Leave a Reply