Cara Semak Duit BSH 2020 Fasa 3 Dikreditkan ke Akaun Secara Online

Cara Semak Duit BSH 2020 Fasa 3 Dikreditkan ke Akaun Secara Online. Panduan buat penerima BSH tahun 2020 dimana bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga akan dikreditkan mulai hari Jumaat, 24 Julai 2020 secara berperingkat. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM120 bagi anak yang akan dilakukan bersama Fasa 3 dengan melibatkan 5 juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. Bagi isi rumah B40 termasuk golongan bujang yang membuat permohonan baru BSH 2020 boleh semak status kelulusan mulai 22 Julai 2020 menerusi portal rasmi BSH.

Cara Semak Duit BSH 2020 Fasa 3 Dikreditkan ke Akaun Secara Online

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun maksima 4 orang anak sahaja. Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 bagi fasa pertama pada bulan Januari 2020 dan pembayaran fasa kedua pula dibayar sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020. Tahun ini, kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 iaitu bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Cara Semak Duit BSH 2020 Fasa 3 Dikreditkan ke Akaun Secara Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 2020

Penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM100 dengan RM120 untuk anak yang dijangka akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Semakan Duit BSH Dalam Akaun

  1. Pemohon membuat semakan terus ke mesin ATM.
  2. Pemohon hadir ke Pejabat LHDN terdekat dan membuat pertanyaan status kemasukan duit.
  3. Pemohon semak secara online banking.
  4. Pemohon boleh semak status permohonan melalui laman sesawang https://bsh.hasil.gov.my/.

Cara Semak Status Permohonan BSH Fasa 3

1. Semakan status boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/.

2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.

4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.

Cara Semak Duit BSH 2020 Fasa 3 Dikreditkan ke Akaun Secara Online
Status Permohonan BSH Fasa 3

Cara Permohonan Rayuan BSH 2020 Online

Bagi memastikan program Bantuan Sara Hidup 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, anda boleh ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Leave a Reply