Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online

Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online. Panduan buat penerima BSH tahun 2020 dimana bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga akan dikreditkan mulai hari Jumaat, 24 Julai 2020 secara berperingkat. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM120 bagi anak yang akan dilakukan bersama Fasa 3 dengan melibatkan 5 juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. Bagi isi rumah B40 termasuk golongan bujang yang membuat permohonan baru BSH 2020 boleh semak status kelulusan mulai 23 Julai 2020 menerusi portal rasmi BSH. Bagi anda yang gagal boleh kemukakan rayuan BSH secara online mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun maksima 4 orang anak sahaja. Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 bagi fasa pertama pada bulan Januari 2020 dan pembayaran fasa kedua pula dibayar sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020. Tahun ini, kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 iaitu bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3

Penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa Ketiga bersama tambahan RM120 untuk anak yang akan mula dikreditkan pada 24 Julai 2020 secara berperingkat.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Bank Simpanan Nasional sehingga 31 Disember 2020.

Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online
Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online
Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online
Foto : Bayaran BSH Fasa 3 2020

Jumlah Dan Kategori BSH 2020 Fasa 3

Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online
Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online
Foto Kredit : LHDNM

Kaedah Pembayaran Fasa 3 BSH 2020

Pembayaran Fasa 3 BSH 2020 adalah seperti berikut:

i. Akaun Bank yang dilaporkan
Pembayaran akan dilakukan kepada akaun bank yang telah dikemaskini oleh pemohon semasa permohonan BSH 2020

ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Tidak melaporkan maklumat akaun bank; atau
b. Status pengkreditan adalah Gagal Kredit

Artikel Berkaitan : Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 & Penunaian di Kaunter BSN

Cara Semak Status Permohonan BSH Fasa 3

1. Semakan status boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus

2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.

4. Isi captcha (kod keselamatan) dan tekan butang ‘Semak’.

5. Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL.

Selain semak status BSH 2020 secara online, semakan juga boleh dibuat melalui:

  • Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Mulai 22 Julai Online
Status Permohonan BSH Fasa 3 2020

Nota : Bagi mereka yang gagal, anda boleh buat rayuan BSH apabila di buka.

Cara Permohonan Rayuan BSH 2020

Bagi yang berstatus tidak layak boleh mengemukakan permohonan rayuan yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, anda boleh ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Leave a Reply