Panduan Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah

Panduan Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah. Anda ingin mengeluarkan duit simpanan KWSP untuk membeli rumah? Bercita-cita memiliki rumah idaman sendiri menjadi impian kepada sesiapa sahaja tidak kira sama ada anda dapat membeli rumah teres, apartmen atau bangalow. Tetapi bagi mereka yang mengalami masalah kewangan sudah tentu menjadi penghalang tambahan lagi harga rumah masa sekarang makin tinggi. Jangan risau bagi anda yang mempunyai simpanan KWPS boleh mengeluar duit simpanan andq untuk pembelian rumah. Berikut adalah syarat dan panduan pengeluaran KWSP untuk membeli rumah.

Panduan Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah

Panduan Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan pengeluaran KWPS untuk membina rumah termasuk syarat kelayakan, kaedah bayaran dan cara hubungi :

Kelayakan Memohon KWSP Pengeluaran Membina Rumah

1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

Syarat Pengeluaran KWSP Membina Rumah

1. Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; ATAU Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah

2. Pembiayaan pembinaan rumah melalui :

Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-

• Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013

• Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan

• Majikan ahli

• Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

• Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

• Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU

• Secara tunai

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU

Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan

5. Kos membina rumah adalah amaun yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Membina Rumah. Kos membeli tanah juga boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-

• Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja

• Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada

• Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf

• Membeli rumah ketiga

• Membeli rumah di luar negara

• Membina rumah bersama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri

Dokumen Diperlukan Pengeluaran KWSP Membeli Rumah

a. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)

b. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)

c. Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)

d. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos.

Nota :

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Membina Rumah di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Kaedah Bayaran

A. Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

• Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN

• Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank

• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

B. Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing.

Jenis matawang adalah seperti berikut :-

• Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU

• Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam boring permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :-

 Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran

 Pusat Pengurusan Perhubungan. Tel: 03-8922 6000

 Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Semoga perkongsian tentang Panduan Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah dapat dijadikan rujukan buat pemohon.

Leave a Reply