Semakan Kemasukan Duit i-Lestari KWSP Bulan November 2020 (Jadual Bayaran). Bilakah tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan November 2020? Panduan buat Ahli yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan wang i-Lestari KWSP bagi bulan November 2020 telah dikreditkan ke akaun bank mulai 2 November 2020. Bulan lalu, pengkreditan wang pengeluaran i-Lestari KWSP dikreditkan ke akaun bank pada 1 Oktober 2020. Bagi anda yang nak semak wang i-Lestari KWSP sama ada telah dikreditkan atau tidak, sila ke portal i-Akaun untuk semakan secara atas talian (online).
Semakan Kemasukan Duit i-Lestari KWSP Bulan November 2020 (Jadual Bayaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan :
Apa itu Pengeluaran i-Lestari KWSP
Pengeluaran i-Lestari adalah merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Lestari
Menurut makluman, pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan November 2020 akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 2 November 2020 secara berperingkat.
Bukti Bayaran i-Lestari KWSP Bulan November 2020
Cara Semak Baki Dan Transaksi Bayaran i-Lestari KWSP
A. Anda boleh semak melalui i-Akaun bagi yang mendaftar
- Daftar atau log in ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my. Untuk pendaftaran baharu sila daftar di Kiosk KWSP berdekatan.
- Masukkan User ID untuk ke halaman utama i-Akaun.
- Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada ‘payment date’.
B. Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada KWSP
Untuk keterangan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari.
BACA JUGA : Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan November 2020