Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang Lakonan Fikry Ibrahim & Zahirah Macwilson

Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang Lakonan Fikry Ibrahim & Zahirah Macwilson. Nantikan drama bersiri baharu Rindu Yang Terlarang lakonan Fikry Ibrahim sebagai Fariz dan Zahirah Macwilson sebagai Ainnura. Drama Rindu Yang Terlarang bakal menggantikan drama Cemburu Seorang Perempuan mulai 26 November ini. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Vaganza Astro Ria. Drama Rindu Yang Terlarang arahan Rashid Sibir turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Sahronizam Noor, Amyza Aznan, Mat Over dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Rindu Yang Terlarang!

Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang Lakonan Fikry Ibrahim & Zahirah Macwilson

Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang Lakonan Fikry Ibrahim & Zahirah Macwilson

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Rindu Yang Terlarang termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

JUDUL : RINDU YANG TERLARANG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : November 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Vaganza) Astro Ria & Astro Ria HD)
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Zeel Production
PELAKON : Fikri Ibrahim, Zahirah Macwilson, Sahronizam Noor, Amyza Aznan, Mat Over, Kartina Aziz, Jalil Hamid

Senarai Pelakon Drama Rindu Yang Terlarang

Fikri Ibrahim sebagai Fariz
Zahirah Macwilson sebagai Ainnura
Kartina Aziz sebagai Puan Rohana
Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
Mat Over sebagai Encik Fazlan
Sahronizam Noor sebagai Adnan

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Fariz (Fikri Ibrahim) dan Ainnura (Zahirah Macwilson) bercinta sejak dibangku sekolah lagi dan mahu berkahwin ketika usia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

Fariz dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dek kerana hubungan mereka tak dapat restu keluarga. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar menyebabkan kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Fariz terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing. Adakah mereka akan bersatu kembali dan hidup bahagia?

BACA JUGA : Lagu OST Drama Rindu Yang Terlarang

Leave a Reply