Semakan Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Ke Akaun Bagi Ogos 2020

Semakan Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Ke Akaun Bagi Ogos 2020. Bilakah tarikh bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bulan Ogos? Panduan buat Ahli yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan wang i-Lestari KWSP bagi bulan Ogos (keempat) telah dikreditkan ke akaun bank mulai 3 Ogos 2020. Bulan lalu, pengkreditan wang pengeluaran i-Lestari KWSP dikreditkan ke akaun bank pada 1 Julai 2020. Bagi anda yang nak semak wang i-Lestari KWSP sama ada telah dikreditkan atau tidak, sila ke portal i-Akaun untuk semakan secara atas talian (online).

Semakan Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Ke Akaun Bagi Ogos 2020

Semakan Duit Masuk i-Lestari KWSP Dikreditkan Ke Akaun Bagi Ogos 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan :

Apa Itu Pengeluaran i-Lestari KWSP?

Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.

Tarikh dan Jumlah Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Ogos

Menurut makluman, pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Ogos 2020 akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 3 Ogos 2020 secara berperingkat.

Artikel Berkaitan : Status Lulus Tapi Bayaran i-Lestari KWSP Gagal Dikreditkan, Ikuti Langkah Ini!

Cara Semak Duit i-Lestari Masuk ke Akaun

A. Anda boleh semak melalui i-Akaun bagi yang mendaftar

  • Daftar atau log in ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my.
  • Masukkan User ID untuk ke halaman utama i-Akaun.
  • Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada ‘payment date’.

B. Bagi anda yang guna sistem i-Lestari Online pula boleh disemak di portal tersebut dan dipaparkan tarikh bayaran anda

C. Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada KWSP

Untuk keterangan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari.

BACA JUGA : Cara Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

Leave a Reply