Cara Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP (Jumlah/ Maklumat Akaun) Secara Online

Cara Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP (Jumlah/ Maklumat Akaun) Secara Online. Bagaimana cara pengemaskinian akaun i-Lestari KWSP? Panduan buat pencarum KWSP dimana kini Ahli boleh membuat kemaskini pengeluaran i-Lestari KWSP secara atas talian di laman web i-Lestari Online. Menurut makluman terkini, sebahagian pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank. Bagi anda berstatus lulus tapi gagal dikreditkan perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP secara online. Manakala yang berstatus Cek Jurubank, anda perlu menunggu cek tersebut sampai ke rumah masing-masing melalui pos berdaftar.

Cara Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP (Jumlah/ Maklumat Akaun) Secara Online

Cara Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP (Jumlah/ Maklumat Akaun) Secara Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemaskini pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan punca dan cara pengemaskinian :

Punca Pembayaran i-Lestari KWSP Gagal Dikreditkan

Menurut makluman, terdapat Ahli yang gagal menerima pengeluaran i-Lestari KWSP disebabkan kesilapan memasukan butiran maklumat akaun atau meletakkan nombor akaun pihak ketiga. Bagi pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank.

Cara Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP (Jumlah/ Maklumat Akaun) Secara Online
Foto Kredit : FB KWSP

Cara Pengemaskinian Maklumat Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

Bagi anda yang menerima SMS memaparkan pengeluaran anda tidak boleh dibayar kerana no. akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP seperti berikut :

1. Anda boleh meminda tetapan Pengeluaran i-Lestari anda. Pengemaskinian boleh dibuat dengan melayari laman web https://ilestari.kwsp.gov.my untuk akses ke portal Pengeluaran i-Lestari Online KWSP.

2. Kemudian, klik pada butang ‘Kemaskini Pengeluaran’.

3. Sila isi maklumat yang sama seperti maklumat dalam permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP terdahulu.

4. Kemudian, klik pada butang ‘saya bukan robot’.

5. Akhir sekali, klik ‘semak’.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my/.

BACA JUGA : Cara Isi Borang Janji Temu Online KWSP

Leave a Reply