Status Lulus Tapi Bayaran i-Lestari KWSP Gagal Dikreditkan, Ikuti Langkah Ini!

Status Lulus Tapi Bayaran i-Lestari KWSP Gagal Dikreditkan, Ikuti Langkah Ini! Anda sudah menerima pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP? Panduan buat ahli KWSP yang gagal dikreditkan i-Lestari KWSP ke akaun bank. Untuk makluman, semakan status i-Lestari KWSP telah boleh dibuat dan bayaran diagihkan mulai 4 Mei 2020. Namun ada juga pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank.

Status Lulus Tapi Bayaran i-Lestari KWSP Gagal Dikreditkan, Ikuti Langkah Ini!

Menurut makluman terkini, bagi anda yang menerima status gagal disebabkan nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain, anda perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran menerusi portal i-Lestari Online. Manakala, Ahli yang menerima status digantikan dengan Cek Jurubank, maka anda perlu menunggu cek tersebut dalam masa 14 hari ke rumah melalui pos berdaftar.

Status Lulus Tapi Bayaran i-Lestari KWSP Gagal Dikreditkan, Ikuti Langkah Ini!

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengemaskinian Pembayaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan cara kemaskini :

Punca Pembayaran i-Lestari Gagal Dikreditkan

Menurut makluman, terdapat beberapa punca atau sebab Ahli KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana disebabkan beberapa faktor antaranya iaitu :

  • Kesilapan memasukan butiran maklumat akaun
  • Meletakkan nombor akaun pihak ketiga.
  • Nombor akaun bank tidak aktif
  • Tiada akaun bank untuk transaksi

Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Online

Bagi anda yang menerima SMS memaparkan pengeluaran anda tidak boleh dibayar kerana no. akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP seperti berikut :

  1. Layari ke laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/resubmit_account.php
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Isikan nama penuh dan nombor telefon bimbit anda.
  4. Anda perlu buat pengesahan butiran pembayaran dengan pilihan akaun bank dikehendaki.
  5. Masukkan nombor akaun bank yang aktif. Pastikan akaun bank adalah milik ahli yang memohon.
  6. Kemudian, sahkan nombor akaun bank. Permohonan akan terbatal dan bayaran tidak dapat diproses sekiranya pemohon menggunakan akaun bank individu lain atau akaun bank bersama.
  7. Tick pada kotak yang disediakan.
  8. Klik pada butang ‘Saya Bukan Robot’.
  9. Akhir sekali, hantar permohonan anda.

Artikel Berkaitan : Cara Isi Borang Janji Temu Online KWSP Sepanjang PKPB

Apa Itu Status Cek Jurubank?

Bagi anda bayaran pengeluaran gagal dikreditkan ke akaun bank dan digantikan dengan Cek Jurubank, anda perlu hubungi KWSP di 03- 89226000 untuk maklumat lanjut.

Menurut makluman, anda tidak perlu hadir ke pejabat KWSP kerana penghantaran Cek Jurubank melalui pos berdaftar dihantar ke alamat surat menyurat penerima bayaran melalui alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.

Jangkaan penerimaan Cek Jurubank adalah 14 hari dari tarikh bayaran tertakluk pada penghantaran pihak kurier. Untuk semakan nombor pos berdaftar, sila hubungi Hotline i-Lestari 03- 89226000 atau mengemukakan pertanyaan ke https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us. Anda boleh hubungi kepada pihak KWSP untuk mengetahui nombor tracking Cek Jurubank anda yang telah dihantar daripada kurier.

Sekiranya alamat rumah anda ditukarkan ke alamat lain, Ahli perlu hadir ke kaunter KWSP atau Kiosk KWSP untuk pertanyaan lanjut. Anda boleh buat pilihan sama ada untuk batalkan cek terdahulu dan sertakan nombor akaun bank yang baharu.

Tiada Akaun Bank Untuk Transaksi

Bagi anda yang gagal dikreditkan ke akaun disebabkan akaun bank tidak aktif atau tiada akaun bank yang sah, anda perlu buka akaun bank yang dikehendaki.

BACA JUGA : Cara Semak Wang i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Bulan Kedua

One Response

  1. Syarifah binti said October 20, 2020

Leave a Reply