Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2021 Online LPHS

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2021 Online LPHS. Nak memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat warga Selangor yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman melalui belanjawan Selangor, kerajaan negeri komited meneruskan program Skim Smart Sewa Selangor bagi tahun 2020. Program ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah idaman mereka yang selesa dan sempurna. Selain Skim Smart Sewa Selangor, kerajaan negeri Selangor turut memperkenalkan skim baharu iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang bertujuan membantu golongan ibu yang berpendapatan rendah.

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2021 Online LPHS

Skim Smart Sewa Selangor adalah satu skim perumahan daripada kerajaan negeri Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016. Program ini diperkenalkan bagi mereka yang memerlukan rumah sewa dimana anda boleh menyewa minima selama dua (2) tahun atau maksimum 5 tahun.

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2021 Online LPHS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Smart Sewa Selangor termasuk memaparkan syarat kelayakan, lokasi rumah, cara permohonan dan hubungi :

Syarat Kelayakan Skim Smart Sewa Selangor

Antara syarat-syarat kelayakan Skim Smart Sewa Selangor adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon.

2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.

3. Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan dan ke bawah bagi sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.

4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor.

5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor.

6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Tempoh penyewaan :

○ Maksimum 5 tahun

○ Minimum 2 tahun

Deposit (bengantung pada kadar sewa semasa) :

○ Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor Online

Cara Mohon Skim Smart Sewa Selangor

Borang permohonan Skim Smart Sewa Selangor boleh dimuat turun menerusi pautan http://phssb.com/borang/.

Atau boleh diambil di pejabat kami di alamat ;

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Lokasi Skim Smart-Sewa

1. Pangsapuri De Bayu 2, Setia Alam, Shah Alam (DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)

2. Pangsapuri Alpinia, Dengkil, Sepang (50 Unit, kadar sewa RM800 (DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)

3. Pangsapuri Simfoni, Eco Majestic, Semenyih (13 Unit sahaja, kadar sewa RM650 (DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)

Sebarang maklumat lanjut boleh anda hubungi di talian 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233 atau email ke smartsewa@phssb.com.

BACA JUGA :

Leave a Reply