Jawatan Kosong MR DIY Tawar Lebih 1000 Pekerjaan Di Seluruh Malaysia. Berita baik buat rakyat Malaysia yang memerlukan pekerjaan. Untuk makluman, kini syarikat peruncitan terkenal, MR. D.I.Y menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara bagi menampung keperluan bagi kepakaran berkaitan yang semakin meningkat di semua rangkaian kedai. Terdapat beberapa jawatan yang ditawarkan di MR DIY antaranya iaitu supervisor, promoter dan cashier. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon jawatan kosong MR DIY secara online menerusi laman web www.mrdiy.com/career.

Tawaran bagi mengisi jawatan di MR DIY yang dibuka selama tiga bulan bermula 1 Jun 2020 bagi menggalakkan individu kurang upaya untuk memohon dan syarikat menawarkan faedah menarik termasuk liputan perubatan, diskaun staf, kenaikan gaji tahunan dan bonus, lawatan tajaan syarikat serta peluang perkembangan kerjaya.
Jawatan Kosong MR DIY Tawar Lebih 1000 Pekerjaan Di Seluruh Malaysia
MR DIY adalah merupakan pengendali kedai barangan perkasasan rumah yang menawarkan 20,000 jenis produk yang terdiri daripada barangan rumah, barangan elektrik, perkakas, aksesori kereta, mainan dan banyak lagi. Kini, dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.
Syarat Kelayakan Jawatan MR DIY
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Cashier/ Promoter (Minimum SPM)
- Supervisor (Diploma or Degree in any field)
- OKU dialukan untuk permohonan
- Basic salary bermula daripada RM 1,200
Kelebihan
✅ Medical Allowances
✅ Staff Discount
✅ Increment
✅ Bonus
✅ Company Trip
Cara Mohon Jawatan Kosong MR DIY Online
Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://bit.ly/jobsmrdiy
Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan pekerja, sila layari portal MR D.I.Y www.mrdiy.com/career dan sosial media di Facebook, Instagram dan Linkedln.


