Cara Daftar Kasih Ibu Smart Selangor 2022 KISS Online. Nak daftar Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tahun 2022? Untuk makluman menerusi pembentangan bajet negeri Selangor 2021, program Kasih Ibu Smart Selangor atau ringkasnya KISS akan diteruskan lagi dengan penambahan 5,000 penerima untuk tahun 2021. KISS adalah merupakan satu bantuan insentif baharu yang mula diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula tahun 2018 khususnya buat golongan wanita dan ibu di Selangor yang berpendapatan isi rumah RM2,000 dan ke bawah sahaja. Bagi yang layak boleh membuat permohonan KISS secara online atau muat turun borang melalui laman web rasmi KISS. Pemohon akan menerima bantuan ini berjumlah RM200 dalam bentuk kad.
Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor merupakan sebahagian daripada Inisiatif Rakyat Peduli. Selain itu, golongan ibu yang mendapat bantuan Kasih Ibu Smart Selangor juga akan mendapati bekalan makanan asasi seperti beras, minyak masak dan tepung termasuk peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pasaraya yang dikenalpasti melalui Kad KISS.
Cara Daftar Kasih Ibu Smart Selangor 2022 KISS Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2020 termasuk memaparkan aplikasi permohonan, jumlah bayaran dan syarat kelayakan KISS :
Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor 2020
Bagi anda yang layak permohonan KISS boleh dibuat secara online atau muat turun borang permohonan seperti berikut :
● Secara Online : Menerusi laman web http://www.kiss.com.my.
● Secara Manual : Muat turun Borang KISS disini.
● Jumlah bayaran KISS : RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan
Borang Permohonan KISS yang diisi dengan lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.
Nota : Senarai alamat Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Penyelaras DUN [KLIKSINI]
Syarat Kelayakan Kasih Ibu Smart Selangor 2020
Antara syarat-syarat kelayakan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Keutamaan kepada anak jati Negeri Selangor sahaja atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
3. Wanita berkeluarga yang mempunyai anak atau tanggungan di bawah umur 21 tahun.
4. Berpendapatan isi rumah kurang RM2,000 sebulan
Manfaat Kad KISS
Antara manfaat atau keistimewaan pada kad Kasih Ibu Smart Selangor iaitu ;
- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak.
- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 pada setiap bulan secara automatik.
- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
- RM200 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
- Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless).
Untuk keterangan lanjut tentang program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sila layari ke laman web rasmi http://www.kiss.com.my atau hubungi di talian 1800226600.
BACA JUGA : Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2021
As’salamualaikum ..bagaimana cara saya hendak mendaftar Kad kasih ibu smart selangor.. Dan jika pemohon Lahir di Kuala Lumpur tapi menetap di selangor sejak Lahir adakah pemohon layak mendapat bantuan Kasih ibu smart selangor? Terima kasih
Seandainya puan telah menetap selama 10 thn di negeri selangor layak memohon bantuan KISS…boleh rujuk cara daftar di artikel admin.
Macam mana nak mohon saya anak jati selangor cm dilahirkan d pahang dan skng dah kawin dan menetap d selabgor…
Boleh rujuk di artikel admin dah dikemaskini cara permohonan KISS.
Assalamualaikum.
Blh kah saya mendaftar kad smart kiss.
Saya sdah menetap di selangor 16 tahun.
Anak 5 orang.tinggal di semenyih.
Jika diikutkan puan memenuhi syarat bermastautin selama 10 tahun …adakah pendapatan bulanan di bawah RM2k..boleh rujuk di artikel admin.
Saya nak tanya tarikh tamat tempoh hantar borang kiss bile ye..???
SEMALAM SAYA PERGI BELI BARANG TUNGGU KAD KISS,KATA KAD DAH REJECT.SEBAB APA KAD SAYA TAK AKTIF