Pendaftaran dan Permohonan Rumah PR1MA 2019 Online

Pendaftaran dan Permohonan Rumah PR1MA 2019 Online. Anda telah memiliki rumah kediaman sendiri yang selesa? Tahukah anda kerajaan telah menyediakan satu kemudahan untuk rakyat Malaysia memiliki perumahan PR1MA? Panduan buat anda yang ingin memiliki rumah kediaman sendiri dengan membuat Permohonan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) 2018 yang kini telah dibuka bagi tahun hadapan secara online.

Permohonan Rumah PR1MA 2018 Online

Untuk pengetahuan anda, rumah kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Pendaftaran dan Permohonan Rumah PR1MA 2019 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan rumah PR1MA termasuk memaparkan syarat kelayakan PR1MA, cara pendaftaran dan cara hubungi :

Syarat Kelayakan PR1MA 2019

Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, rujuk di bawah ;

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.

3. Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000.

4. Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.

5. Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.

Permohonan Rumah PR1MA 2018 Online

Untuk berpeluang menjadikan rumah PRIMA sebagai rumah kediaman anda, ikuti langkah-langkah permohonan PRIMA di bawah ;

1. Untuk pendaftaran, anda perlu buka akaun di www.pr1ma.my dengan melengkapkan borang permohonan PR1MA anda. Anda akan menerima email pengesahan pendaftaran dan PR1MA akan memaklumkan andaa melalui email apabila terdapat kediaman PR1MA yang dibuka dilokasi pilihan anda.

Nota : Pastikan nama anda tidak disenaraihitamkan untuk CCRIS sebelum membuat pendaftaran dan permohonan PR1MA.

2. Bagi permohonan, anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak dilakukan secara automatik. Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda. Klik ‘Projek dibuka untuk permohonan’ untuk mendapatkan maklumat lanjut. Hantar permohonan dan akan menerima email pengesahan permohonan anda.

3. Untuk pengundian, proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan. Keputusan cabutan undi akan diumumkan di https://www.pr1ma.my/. Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan email untuk pemilihan rumah kediaman anda.

4. Untuk proses pembiayaan, dapatkan bantuan kewangan terbaik untuk pembiayaan akhir hartanah anda dengan PR1MA. Pilih pakej pembiayaan yang paling sesuai dan terbaik buat anda melalui panel bank PR1MA.

Contoh Rumah Kediaman PR1MA

Permohonan Rumah PR1MA 2018 Online

Permohonan Rumah PR1MA 2018 Online

Permohonan Rumah PR1MA 2018 Online

* Untuk maklumat lanjut tentang rumah kediaman baharu PR1MA yang dibuka boleh rujuk di https://sales.pr1ma.my/my/.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Panggilan: 03-7962 4374

Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang)

E-mel:  info@pr1ma.my

Semoga pemohon berjaya memiliki rumah kediaman PR1MA sendiri.

BACA JUGA :

● Permohonan PPA1M 2018 Skim Perumahan Penjawat Awam Online

● Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018 Online

Leave a Reply