Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018 Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018 Online | Sudahkah anda miliki rumah idaman sendiri? Anda ingin tahu bagaimana cara untuk mempunyai rumah kediaman? Untuk makluman anda bagi pemohon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) 2018 secara online di portal rasmi SPNB. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd, dimana terdapat dua program iaitu Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) dan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS).

Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018 Online

Dengan adanya program RMR1M ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang selesa dan sempurna.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018 Online

Berikut adalah maklumat tentang permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) SPNB 2018 termasuk memaparkan syarat permohonan, cara memohon dan cara hubungi :

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 hingga 65 tahun*.

3. Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.

4. Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.

5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.

6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.

7. Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB .

Nota Penting :

● Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

● Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018 Online

Bagi pemohon berkelayakan boleh membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018 secara online dengan mengikuti langkah-langkah di bawah :

1. Mendapatkan borang permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) menerusi laman web SPNB atau Pejabat Wakil Rakyat.

2. Isi maklumat dengan lengkap.

3. Hantarkan borang permohonan tersebut kepada Mesra bersama dokumen lengkap ke Pejabat Cawangan setelah mendapat pengesahan sokongan daripada Wakil Rakyat.

4. Anda akan dinilai oleh Penilaian Syarat Permohonan dan Penilaian Syarat Pinjaman.

Contoh Rumah Mesra Rakyat dan Ciri-ciri Rumah Yang Ditawarkan

● Rumah Sesebuah Satu (1) Tingkat

● 3 Bilik & 2 Bilik Air

KAEDAH PEMBIAYAAN

● Tunai

● Melalui pinjaman bank/mana-mana institusi kewangan

PAKEJ TAMBAHAN YANG DITAWARKAN*

● Penyediaan tapak

● Kabinet dapur

● Lengkapan almari

● Sistem keselamatan

● Pagar

● Penukaran spesifikasi bumbung

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB melalu laman sesawang http://www.spnbmesra.com.my/ atau ke laman FB SPNB https://www.facebook.com/officialSPNB.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RRM1M) 2018 secara mudah menerusi online. Moga anda berjaya mendapat permohonan perumahan ini.

BACA JUGA :

● Permohonan PPA1M 2018 Skim Perumahan Penjawat Awam Online

● Pendaftaran dan Permohonan Rumah PR1MA 2018 Online

Leave a Reply