Permohonan MyDeposit 2020 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Permohonan MyDeposit 2020 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama. Anda tahu tentang Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)? Panduan buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, kerajaan telah mengumumkan satu skim perumahan iaitu Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu skim perumahan untuk membantu golongan pertengahan (M40) iaitu isi rumah yang berpendapatan di bawah RM100 ribu memiliki rumah pertama Mereka. Skim MyDeposit telah diperkenalkan bermula pada tahun 2016 lagi dimana kerajaan menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama MyDeposit 2018

Permohonan MyDeposit 2020 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim MyDeposit termasuk memaparkan syarat kelayakan, kriteria pembelian dan dokumen permohonan :

Syarat Kelayakan Skim MyDeposit 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Skim Pembiayaan MyDeposit Rumah Pertamaku adalah seperti berikut :

● Warganegara Malaysia

● Berumur 21 tahun dan ke atas

● Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.

● Berkelayakan untuk membuat pinjaman perumahan

● Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000.

● Harga rumah tidak melebihi RM500 ribu.

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama MyDeposit 2018

Kriteria Pembelian Projek Yang Dibenarkan

● Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja.

● Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah.

● Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dan Kerajaan.

● Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PR1MA, RUMAWIP, PPA1M, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK.

Dokumen Permohonan MyDeposit

Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://sprn.kpkt.gov.my/.

Nota :

Untuk dapatkan maklumat tentang Skim MyDeposit, sila muat turun di bawah :

BACA JUGA :

Sumber : KPKT

Leave a Reply