Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN di 7Eleven

Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN di 7Eleven | Anda peminjam pinjaman PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Untuk makluman, berdasarkan kenyataan daripada pihak PTPTN kini anda boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di 7Eleven. Mulai 2 Julai 2018, pihak PTPTN menambah satu lagi saluran untuk transaksi bayaran balik pinjaman dan deposit simpanan SSPN-i melalui MOLPay Cash. Dengan adanya sistem ini membolehkan anda membuat bayaran serendah RM10 melalui 7Eleven.

Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN di 7Eleven

Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN di 7Eleven

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang panduan bayaran balik pinjaman PTPTN di 7Eleven melalui sistem MOLPay :

1. Pertama kali, anda perlu melayari portal web PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/molpay/

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan Peminjam dan klik pada butang ‘CARI’.

Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN di 7Eleven

3.Klik butang ‘TERUSKAN‘ untuk membuat  pembayaran.

4. Isikan segala maklumat yang diperlukan, kemudian klik ‘SETERUSNYA‘.

Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN di 7Eleven

5. Maklumat yang diisi akan dipaparkan semula dan jika setuju klik ‘PEMBAYARAN‘ untuk proses bayaran PTPTN.

6. Maklumat pembayaran dipaparkan dan klik kotak setuju, kemudian klik ‘PROCEED‘.

Nota :

i. Bagi peminjam yang telah membuat bayaran melalui sistem Molpay, anda boleh terus ke 7Eleven yang berdekatan dan buat pembayaran tunai di kaunter. Pastikan anda bawa resit yang telah dicetak selepas proses pembayaran dalam sistem Molpay.

ii. Semak penyata pinjaman/ simpanan anda selepas 7 hari bekerja.

INFO BERKAITAN :

● Semakan Permohonan PTPTN 2018 Online

● Jadual Tarikh Duit PTPTN Masuk 2018 IPTA/ IPTS

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Online Dengan Direct Debit

Semoga perkongsian tentang Panduan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN di 7Eleven dapat dijadikan rujukan buat peminjam PTPTN. Selamat membuat bayaran balik sebagai tanggungjawab sebagai peminjam.

Sumber : PTPTN

Leave a Reply