Semakan Baki PTPTN 2022 Online (Penyata Pinjaman)

Semakan Baki PTPTN 2022 Online (Penyata Pinjaman). Nak semak penyata pinjaman PTPTN? Panduan buat pelajar IPTA/ IPTS yang telah membuat pinjaman PTPTN. Untuk makluman, kini anda boleh semak baki dan penyata pinjaman PTPTN tahun 2021 secara online. Peminjam tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter PTPTN untuk mengetahui bakiĀ PTPTN bagi bayaran balik pinjaman tersebut. Semakan baki boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my.

Semakan Baki PTPTN 2022 Online (Penyata Pinjaman)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau ringkasnya PTPTN adalah satu badan organisasi yang berperanan memberi kemudahan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/ Swasta dengan membuat bantuan pinjaman kewangan ini. Secara tak langsung dapat meringankan beban pelajar dengan kos sara hidup pengajian. Bagi pelajar yang gagal membuat bayaran balik pinjaman PTPTN mengikut jadual yang ditetapkan oleh PTPTN, nama anda akan disenaraihitamkan melalui CCRIS.

Semakan Baki PTPTN 2022 Online (Penyata Pinjaman)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan baki pinjaman PTPTN termasuk memaparkan aplikasi online :

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Berikutan penularan pandemik COVID-19, peminjam PTPTN yang masih menghadapi kesukaran meneruskan bayaran balik pinjaman, pihak PTPTN memberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang layak. Inisiatif ini diberikan selepas kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021. Permohonan pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 boleh dilakukan bermula pada 5 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Peminjam yang layak perlu membuat permohonan penangguhan PTPTN dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian menerusi portal www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN terus ke pautan https://www.ptptn.gov.my/faq-bayaran-balik-side/faq-pelanjutan-penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-covid-19

Cara Semak Baki PTPTN Online

1. Untuk semakan penyata PTPTN sila ke laman web https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan disediakan dan klik butang ‘SEMAK‘.

3. Kemudian, masukkan kata laluan yang didaftarkan.

4. Klik log masuk dan dipaparkan dalam dua pilihan iaitu ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’.

Nota : Anda boleh cetak penyata pinjaman PTPTN sebagai rujukan sahaja.

Untuk keterangan lanjut mengenai PTPTN boleh hubungi PTPTN di talian hotline 03-20804455 atau layari akaun Twitter rasmi PTPTN https://twitter.com/twitptpt

BACA JUGA : Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui Jompay

Leave a Reply