Permohonan Bayaran Balik PTPTN 2022 Online Dengan Direct Debit. Panduan buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Untuk makluman, kini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan satu kaedah baharu untuk memudahkan bayaran balik PTPTN melalui online dengan menggunakan Direct Debit. Dengan adanya sistem ini, secara tak langsung peminjam PTPTN tidak lagi bersusah payah hadir ke pejabat PTPTN untuk mengisi borang bayaran balik.
Direct Debit Online adalah satu sistem yang membolehkan peminjam PTPTN termasuk juga pendeposit SSPN-i membuat bayaran balik PTPTN dengan mudah. Bagi peminjam PTPTN yang masih tertunggak atau pernah diblacklist nama, anda boleh menggunakan sistem online ini untuk membuat bayaran balik PTPTN, dimana kerajaan memberikan insentif diskaun 15% sehingga tempoh tamat pada 31 Disember 2018.
Permohonan Bayaran Balik PTPTN 2022 Online Dengan Direct Debit
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan direct debit PTPTN termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi online :
○ Semakan Baki PTPTN Online dan SMS
○ Semakan Status CCRIS Online Di Sistem eCCRIS
Syarat-Syarat Permohonan Direct Debit PTPTN
1. Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.
2. Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansurans bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.
3. Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.
Cara Permohonan Bayaran Balik PTPTN Online Dengan Direct Debit
Berikut adalah cara Permohonan Bayaran Balik PTPTN melalui Direct Debit :
1. Daftar permohonan Direct Debit di www.ptptn.gov.my/direct_debit.html.
2. Klik pada ikon ‘Permohonan Direct Debit’.
a. Permohonan Direct Debit Pinjaman
– Klik mohon Direct Debit Pinjaman
– Masukkan nombor kad pengenalan > klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan.
b. Permohonan Direct Debit SSPNi
– Klik mohon Direct Debit Deposit SSPNi
– Masukkan nombor pengenalan pendeposit
– Klik semakan penyata SSPNi
– Masukkan nombor pengenalan pendeposit
– Masukkan kata aluan
– Setelah login ke penyata simpanan, klik Pendaftaran Direct Debit
Langkah Mudah Permohonan Direct Debit PTPTN
Langkah-langkah untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :
1. Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank-bank yang dinyatakan di atas dan berdaftar perkhidmatan perbankan elektronik.
2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i) di PTPTN.
3. Untuk bayaran balik pinjaman, anda perlu mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun Ujrah atau akaun pinjaman konvensional.
4. Klik mohon Direct Debit Pinjaman untuk semua jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.
5. Klik mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.
6. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini penyata pinjaman atau simpanan dalam masa 3 hari bekerja.
Senarai Bank Penyedia Pendaftaran Direct Debit Online PTPTN
Berikut adalah bank-bank yang menyediakan kemudahan untuk mendaftar Direct Debit Online PTPTN ;
● Bank Islam
● CIMB Bank
● CIMB Bank Islamic
● Maybank
● Maybank Islamic Bank
● Bank Rakyat
● Public Bank
● Public Islamic Bank
● RHB Bank
● Hong Leong Bank
● Hong Leong Islamic Bank
● HSBC
● OSBC Bank
● Standard Chartered
Nota tambahan :
– Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Direct Debit yang berjaya.
– Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.
– Potongan bayaran balik dan deposit SSPNi akan berlaku pada 10 atau 27 setiap bulan tertakluk tarikh kelulusan permohonan kebenaran Direct Debit oleh pihak bank.
Semoga informasi ini dijadikan panduan buat anda semua khusunya peminjam PTPTN.