Semakan Senarai Hitam PTPTN dan Imigresen Online. Anda bercadang pergi melancong atau ada urusan kerja di luar negara? Sebelum anda pergi ke luar negara, pastikan nama anda tidak disenaraihitam oleh agensi seperti PTPTN, LHDN, Perintah Mahkamah dan PDRM serta diisytiharkan bankrap. Panduan buat mereka yang ingin semak status senarai hitam PTPTN dan Imigresen secara dalam talian. Tahukah anda salah satu penyebab anda tidak dibenarkan memperbaharui passport dan dihalang ke luar negara adalah kerana peminjam yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman PTPTN boleh disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Kini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyediakan satu kemudahan khususnya warganegara Malaysia yang ingin membuat semakan status senarai hitam PTPTN secara online atau juga dikenali sebagai semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.
Semakan Senarai Hitam PTPTN dan Imigresen Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan senarai hitam PTPTN dan Imigresen termasuk memaparkan aplikasi online :
Aplikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
1. Semakan senarai hitam imigresen boleh disemak secara online menerusi laman web http://sspi2.imi.gov.my/
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekang butang ‘SEMAK’.
3. Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan”.
Aplikasi Semakan Senarai Hitam PTPTN Online
Bagi peminjam PTPTN anda akan dikenakan blacklist nama sekiranya masih ada tunggakan pembayaran PTPTN yang belum dilunaskan.
Untuk semakan boleh ke laman web http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm.
Nota : Peminjam hendaklah berunding dengan PTPTN dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau pintu sempadan.
Berapa jumlah bayaran perlu dijelaskan untuk mengeluarkan nama anda daripada senarai hitam?
Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pinjaman atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pinjaman atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Rundingan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara.
BACA JUGA : Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Melalui KWSP