Jadual Tarikh Duit PTPTN Masuk 2018 IPTA/ IPTS

Jadual Tarikh Duit PTPTN Masuk 2018 IPTA/ IPTS | Adakah anda pemohon pinjaman pembiayaan PTPTN tahun 2018? Bilakah tarikh duit PTPTN masuk 2018 bagi IPTA/ IPTS? Panduan buat anda yang ingin mengetahui jadual kemasukan duit PTPTN tahun 2018. Untuk makluman anda, peminjam boleh membuat Permohonan Pinjaman PTPTN secara dalam talian (online) di laman sesawang rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Berikut Myinformasi kongsikan jadual tentatif PTPTN 2018.

Jadual Tarikh Duit PTPTN Masuk 2018 IPTA/ IPTS

Jadual Tarikh Duit PTPTN Masuk 2018 IPTA/ IPTS

Berikut dikongsikan adalah makumat tentang Tarikh Duit PTPTN Masuk 2018 IPTA/ IPTS termasuk syarat dan permohonan pinjaman pendidikan PTPTN :

○ Jadual Tarikh Tutup Permohonan PTPTN 2018

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN

Antara syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*

5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;

6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;

7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

8. Tiada penaja lain; dan

9. Telah membuka akaun SSPN1M-i**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN1M-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN1M-i 15 digit.

Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN

1. Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN seperti di atas.

2. Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.

3. Panduan mencetak dan mengisi dokumen tawaran pinjaman. Klik disini.

4. Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan.

5. Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen sokongan lain.

6. Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.

Cara Semakan Tarikh Duit PTPTN Masuk 2018 IPTA / IPTS

1. Pemohon boleh membuat semakan jadual semakan kemasukan duit PTPTN 2018 bagi universiti awam atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) secara online di http://www.ptptn.gov.my/msk/.

2. Sila masukkan nama kursus pengajian pemohon dan tekan ‘enter’.

Semoga perkongsian tentang Jadual Tarikh Duit PTPTN Masuk 2018 IPTA/ IPTS ini dapat dijadikan panduan buat semua.

Leave a Reply