Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional). Anda nak daftar BSN banking online? Sebelum ini anda hanya tahu Maybank (Maybank2U) dan CIMB Bank (CIMBClick) mempunyai perbankan online yang diwujudkan untuk memudahkan pelanggan bagi melakukan transaksi pembayaran atau sebagainya. Kini, Bank Simpanan Nasional (BSN) turut melancarkan perbankan online iaitu ‘MYBSN’ khas kepada pengguna-pengguna BSN. Perbankan online BSN ini membolehkan pengguna membuat transaksi dengan mudah tanpa perlu pergi ke mesin ATM. Persoalannya, bagaimana anda ingin mendaftar dan menggunakan MyBSN?

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MyBSN termasuk memaparkan perkhidmatan banking online, cara pendaftaran dan login akaun :

Perkhidmatan Internet Banking MyBSN

Antara perkhidmatan yang disediakan dalam banking online MyBSN adalah iaitu :

  • Fund Transfer
  • Balance Inquiry
  • Bill Payment
  • Credit Card Payment
  • Credit Card PIN Request
  • Report Lost/ Stolen Card
  • Prepaid Reload
  • Online Application
  • e-SSP Savings
  • Financing Payment
  • Apply for Credit Card
  • e-Statement Download

Cara Pendaftaran MyBSN Perbankan Online

1. Untuk pendaftaran online, sila layari laman web rasmi BSN

2. Kemudian, klik pada butang ‘First Time Registration’.

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)

3. Setelah pada ‘Terms & Conditions’, klik pada butang ‘Accept’.

4. Masukkan nombor kad debit/ kredit. Isikan maklumat yang diperlukan. Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit /kredit anda di bahagian belakang yang tertera tiga nombor.

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2020 (Bank Simpanan Nasional)

5. Sekiranya anda Warganegara Malaysia, sila isikan ‘New IC Number’. Bagi yang guna passport bukan guna IC, pilih ‘Military IC/ Passport Number’.

6. Masukkan butiran username, password, kod OTP dan online image.

7. Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan ‘click here’ untuk login dan masukkan username dan password anda.

Nota : Kod OTP boleh dapatkan dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu. Jika berlaku ‘Unable to process your request’ dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di talian 1300881900.

Artikel Berkaitan : Cara Dapatkan Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Tiada Akaun Bank

Cara Login MyBSN Bagi Pengguna Baharu

Bagi anda yang berjaya daftar MyBSN dan ingin login secara online sila ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Masukkan username anda.

2. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.

3. Masukkan kata laluan (password) yang didaftarkan.

4. Setelah dapat akses, isikan maklumat peribadi anda.

5. Pilih jenis soalan rahsia yang ingin jawab dan masukkan jawapan yang tepat.

Mudah saja kan? Sekiranya anda ingin membuat pendaftaran akaun MyBSN boleh ikuti langkah-langkah di atas.

BACA JUGA :

13 Comments

  1. Rosidayah binti rosli April 16, 2020
  2. Rosniah April 18, 2020
  3. Noor Azizah May 2, 2020
  4. Sera Saheraa May 4, 2020
  5. Norsiati bt Zakaria May 6, 2020
  6. Watiekakcik May 7, 2020
  7. adhabad May 9, 2020
  8. Masliah binti matnin May 9, 2020
  9. Ishak Kamsin May 15, 2020
  10. Norziana May 15, 2020
  11. Ziyana May 19, 2020
  12. Rozita May 22, 2020
  13. Ariel January 27, 2021

Leave a Reply