Cara Rayuan Permohonan BPN Bagi Status Tidak Layak Mulai 11 Mei

Cara Rayuan Permohonan BPN Bagi Status Tidak Layak Mulai 11 Mei. Berita baik buat rakyat Malaysia yang berstatus tidak layak bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Untuk makluman, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hingga 31 Mei 2020. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hal ini susulan orang ramai yang mendakwa tidak menerima bantuan tersebut walaupun layak. Bagi anda yang berstatus tidak layak boleh mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional menerusi emel atau hadir di mana-mana pejabat LHDN mulai 11 Mei 2020.

Cara Rayuan Permohonan BPN Bagi Status Tidak Layak Mulai 11 Mei

Mengenai isu bayaran Bantuan Prihatin Nasional, kerajaan mendapati terdapat banyak rungutan terutamanya melalui media sosial dari orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab. Antaranya kerana maklumat diisi tidak lengkap. Ada juga disebabkan pemohon mempunyai pendapatan yang melebihi syarat BPN. Ada di antara pemohonan gagal disebabkan pelajar telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar tapi membuat permohonan bagi kategori bujang.

Cara Rayuan Permohonan BPN Bagi Status Tidak Layak Mulai 11 Mei

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan :

Untuk makluman, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN termasuk permohonan baru dan rayuan berjumlah RM1.7 bilion. Peruntukan itu memberi manfaat kepada seramai 10.6 juta orang penerima setakat ini.

Tarikh Rayuan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN yang dibuka bermula daripada 11 Mei hingga 31 Mei 2020.

Cara Semak Status Permohonan BPN Online

Bagi anda yang belum menyemak status permohonan BPN sama ada layak atau tidak layak boleh semak secara online menerusi portal BPN https://bpn.hasil.gov.my/

Cara Mohon Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Bagi anda yang berstatus tidak layak boleh mengemukakan rayuan menerusi emel rayuanbpn@hasil.gov.my atau pemohon boleh datang sendiri ke kaunter LHDN bersama dokumen sokongan bermula pada 11 Mei 2020.

Antara dokumen sokongan yang perlu dibawa adalah jumlah pendapatan terkini dan bukti SSM anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian :

  • No. Tel Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • Emel : bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my

BACA JUGA : Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN RM3000 Bagi PKS

One Response

  1. Zunaidah bte Abd Pakir May 11, 2020

Leave a Reply