Permohonan BPN Bagi Pemohon Berstatus Muflis/ Disenarai Hitam Mulai 6 April 2020. Anda berstatus muflis atau disenaraikan hitam? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional tahun 2020. Untuk makluman, kerajaan telah memutuskan pemohon yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang berstatus muflis/ disenarai hitam boleh membuat permohonan secara atas talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) di www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my. Permohonan ini boleh dibuat mulai 6 April 2020 dan sekiranya lulus akan dibayar menerusi tunai di Bank Simpanan Nasional.
Permohonan BPN Bagi Pemohon Berstatus Muflis/ Disenarai Hitam Mulai 6 April 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Bantuan Prihatin Nasional bagi berstatus muflis dan nama disenarai hitam termasuk memaparkan aplikasi online :
Tarikh Permohonan : Mulai 6 April 2020
Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Online
Untuk membuat permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) di www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my.
Nota : Bagi permohonan yang layak dan lulus, pembayaran akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi :
- Hasil Care Line di 03- 8911 1000
- HASIL Live Chat
- Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
- Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu Facebook dan Twitter
BACA JUGA : Senarai Bantuan COVID-19 Untuk Setiap Negeri