Tarikh Bayaran BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang Mulai 26 Oktober 2020

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang Mulai 26 Oktober 2020. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0? Perhatian buat anda golongan B40 dan M40 yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebelum ini. Untuk makluman menerusi FAQ LHDN, bayaran fasa pertama BPN 2.0 akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat mulai 26 Oktober 2020 (Isnin). Bagi penerima sedia ada perlu membuat semakan status BPN 2.0 secara online menerusi laman web rasmi BPN.

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang Mulai 26 Oktober 2020

Inisiatif BPN 2.0 yang keseluruhannya berjumlah RM7 bilion akan disalurkan melalui dua fasa pembayaran iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Bagi mereka yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020.

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Bagi Isi Rumah & Bujang Mulai 26 Oktober 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan tarikh pembayaran dan semakan status :

Kadar Dan Tarikh Pembayaran BPN 2.0

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 akan dikreditkan bermula pada 26 Oktober 2020. Untuk fasa kedua pula dijangka dikreditkan pada bulan Januari 2021.

Kaedah Pembayaran BPN 2.0

Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 dan M40 iaitu :

A. Ada Maklumat Akaun : Bayaran adalah secara kredit ke akaun

B. Jika Status Bayaran Adalah Gagal Kredit : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

C. Tiada Akaun : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Permohonan Baru BPN 2.0 Secara Online

Cara Semakan Status BPN 2.0 Online

Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini, anda boleh semak status penerimaan BPN 2.0 secara online menerusi laman web https://bpn.hasil.gov.my/

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

BACA JUGA : Cara Pendaftaran Internet Banking MyBSN Secara Online

Leave a Reply