Kenapa Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Berstatus ‘Tidak Lulus’, Ini Alasannya. Kenapa Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan baharu dan rayuan tidak lulus? Perhatian buat anda bakal menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman menerusi FAQ BPN, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan baharu dan rayuan akan dikreditkan ke akaun bank mulai 15 Mei 2020. Tetapi, sebelum itu anda perlu menyemak status permohonan BPN sama ada lulus atau tidak lulus mulai 9 Mei 2020 di Portal BPN. Sekiranya anda tidak lulus maka permohonan rayuan tidak perlu dikemukakan kerana keputusan adalah muktamad. Nak tahu apa sebab Bantuan Prihatin Nasional tidak lulus baca selanjutnya.
Menurut daripada Menteri Kewangan Malaysia, memaklumkan seramai 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion. Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima Bantuan Prihatin Nasional adalah 10.6 juta,merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion.
Kenapa Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Berstatus ‘Tidak Lulus’, Ini Alasannya!
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan alasan/ sebab permohonan baharu dan rayuan BPN Tidak Layak :
Sebab Permohonan BPN Berstatus Tidak Lulus
Keputusan yang dipaparkan adalah muktamad dan kekal. Semakan kelulusan di kategori kan sebagai Tidak Lulus berdasarkan beberapa alasan berikut :
Bil. | Alasan Tidak Lulus |
1. | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur pemohon. |
2. | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon atau pasangan melebihi RM8,000 |
3. | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM4,000 |
4. | Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar |
5. | Tidak layak kerana pemohon atau pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi SSM. Walau bagaimanapun pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui Portal GKP jika berkelayakan. |
6. | Status kahwin dengan maklumat yang sama. |
Artikel Berkaitan : Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN RM3000 Bagi Berdaftar LHDN/SSM
Kategori Bujang Bantuan Prihatin Nasional
Terdapat permasalahan daripada pemohon Bantuan Prihatin Nasional khususnya daripada golongan bujang yang mendakwa ada yang mendapat RM500 dan RM800.
Pendapatan RM2,000 dan ke bawah (Golongan B40)
Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800. Bayaran akan diberikan sebanyak dua kali bagi bulan April dan Mei. Manakala, permohonan baharu dan rayuan BPN dikreditkan sekaligus ke akaun bank masing-masing mulai 15 Mei 2020.
Pendapatan RM2,001 dan ke atas (Golongan M40)
Bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,001 dan ke atas, anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500. Bayaran akan diberikan sebanyak dua kali bagi bulan April dan Mei. Manakala, permohonan baharu dan rayuan BPN dikreditkan sekaligus ke akaun bank masing-masing mulai 15 Mei 2020.
Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
1. Semakan status BPN boleh disemak secara online di portal BPN https://bpn.hasil.gov.my/.
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
3. Tekan butang Cari.
4. Akan dipaparkan status sama ada lulus atau gagal termasuk jumlah bayaran diterima.
Artikel Berkaitan : Semak Kelulusan BPN Bagi Permohonan Baru Dan Rayuan
Tarikh dan Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional
Bagi permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dikreditkan secara berperingkat mulai 15 Mei hingga 20 Mei 2020.
Sekiranya paparan di Portal BPN menunjukkan Tiada Akaun atau status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran di Portal BPN.
Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional
1. Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus ‘Tidak Lulus’?
Tidak. Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal dan muktamad. Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan oleh kerajaan.
2. Saya tidak berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan BPN. Adakah saya masih berpeluang membuat permohonan?
Tidak permohonan BPN telah berakhir pada 30 April 2020 dan tiada lanjutan tarikh permohonan.
3. Saya telah lulus permohonan baharu, walau bagaimanapun akaun yang didaftarkan adalah tidak aktif. Bagaimanakah status bayaran BPN saya?
Bagi pemohon yang ada melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan baharu atau rayuan BPN, tetapi proses pengkreditan berstatus Gagal Kredit ke akaun tersebut, tarikh penunaian bagi tuntutan bayaran BPN berkenaan akan dimaklumkan kelak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian :
- No. Tel Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
- Emel : bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my
Faisal