Permohonan Pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah Untuk B40 Online (Semakan Status)

Permohonan Pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah Untuk B40 Online (Semakan Status). Berita baik buat rakyat negeri Sabah yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, bagi rakyat yang tergolong dalam golongan B40 tetapi tidak berdaftar dalam Sistem e-Kasih, kini mereka yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan bantuan khas ini dengan melayari pautan http://bantuan.covid19.sabah.gov.my. Portal ini merangkumi semua jenis pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah meliputi Bantuan Khas WE CARE B40 Sabah, Bantuan Khas Tunai RM500 (e-Kasih) dan Skim Kredit Peniaga Kecil Sabah.

Permohonan Pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah Untuk B40 Online (Semakan Status)

Sebelum ini, kerajaan Negeri Sabah menggunakan portal wecare.sabah.gov.my sebagai medium permohonan sebelum digantikan dengan portal baharu ini bermula daripada 15 April 2020. Sistem baharu ini mengintegrasikan data-data di dalam sistem terdahulu. Permohonan ini meliputi kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan keluarga B40 yang berada di Semenanjung Malaysia termasuk pemandu teksi/bas, petani, pekebun kecil, nelayan, warga tua, anak yatim serta OKU turut menerima manfaat bantuan ini.

Permohonan Pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah Untuk B40 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 15 April 2020

Semakan Kelayakan dan Maklumat Bantuan COVID-19 Negeri Sabah

A. BANTUAN KHAS TUNAI RM500 (e-Kasih)

Bantuan khas tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada setiap ketua isi rumah miskin dan ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih. Bantuan ini dijangka memberi faedah kepada seramai 22,456 ketua isi rumah miskin dan 15,747 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh Sabah.

BANTUAN GOLONGAN B40/ BANTUAN KHAS WE CARE B40 RAKYAT SABAH

Bagi golongan berpendapatan rendah B40, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM80 juta untuk membantu golongan tersebut termasuk anak-anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Tak terkecuali juga kepada pemandu-pemandu teksi/bas, nelayan, ‘porter’ malim gunung, warga emas, anak-anak yatim, OKU serta ibu tunggal. Bantuan ini juga dikenali sebagai Bantuan Khas We Care B40 akan diberikan kepada anak-anak B40 secara ‘one-off’ sebanyak RM300 seorang.

SKIM KREDIT PENIAGA KECIL SABAH

Skim Kredit Peniaga Kecil Sabah akan diuruskan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah yang menawarkan permohonan pinjaman bermula dari RM300 sehingga RM2,000 dengan kadar faedah kosong peratus dan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun.

SABAH SME FUND/ DANA IKS SABAH

Perbadanan Pinjaman Sabah turut bertanggungjawab menguruskan DANA IKS Sabah yang menawarkan pinjaman serendah RM250,000 sehingga RM1.5 juta dengan kadar faedah serendah 3.5 peratus dan tempoh pembiayaan pinjaman sehingga 10 tahun.

Cara Mohon Bantuan COVID-19 Negeri Sabah Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online dimana semakan status perlu dibuat dahulu di laman web rasmi bantuan.covid19.sabah.gov.my.

Permohonan Pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah Untuk B40 Online (Semakan Status)

2. Isikan nombor kad pengenalan dan klik pada ‘Saya bukan robot’.

3. Kemudian klik pada butang ‘SEMAK’.

4. Bagi yang lulus permohonan tidak perlu lagi. Manakala, bagi yang tiada rekod permohonan layak memohon baharu.

Laman web ini digunakan untuk membuat permohonan untuk golongan-golongan berikut :

  • Anak-anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia
  • Pemandu teksi, bas, lori dan kereta sewa
  • Petani atau pekebun kecil, nelayan dan penternak
  • Porter dan malim gunung
  • Freelance tour guide
  • Warga tua, anak yatim dan OKU

5. Tanda kan mengikut kelayakan masing-masing.

6. Lengkapkan maklumat peribadi anda dengan sahih dan tepat.

7. Lengkapkan maklumat akaun bank.

8. Klik pada ‘Saya bukan robot’.

9. Klik pada butang ‘HANTAR PERMOHONAN’. Selesai!

Nota : Pendaftaran ibu tunggal boleh dibuat di wise.sabah.gov.my.

BACA JUGA : Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Bagi B40

Leave a Reply