Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online PENJANA (Semakan Status)

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 PENJANA (Semakan Status). Bilakah tarikh bayaran BKIT? Berita baik buat golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyara hidup seharian. Untuk makluman menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu bantuan baharu iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) khususnya kepada ibu tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dijangka 190,000 ribu golongan orang kurang upaya (OKU) dan 150,000 ibu tunggal yang disenarai di bawah JKM akan terima bantuan sebanyak RM300 sebelum Aidiladha. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran baru secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita.

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online PENJANA (Semakan Status)

Bantuan Khas Ibu Tunggal adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui Pejabat Pembangunan Wanita, JKM Negeri dan menerusi portal JPW.

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Online PENJANA (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara pendaftaran serta semakan status :

Tarikh Bayaran BKIT

Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020.

Definisi Ibu Tunggal

Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah :

  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  • Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau tidak sah taraf).

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Ibu Tunggal

  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal).
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Cara Daftar Bantuan Khas Ibu Tunggal Online

1. Menurut portal Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pendaftaran ibu tunggal boleh dibuat menerusi laman web Jabatan Pembangunan Wanita https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/?lang=en

2. Sila isi borang mengikut negeri pemohon.

3. Pemohon perlu log masuk ke akaun Google untuk mengisi borang permohonan.

4. Lengkapkan borang permohonan anda dengan tepat.

5. Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

Kaedah Bayaran Bantuan Ibu Tunggal RM300

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif. Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020.

Cara Semak Status Bantuan Ibu Tunggal

Status kelulusan bantuan ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No. 55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia

No. Tel : 03 – 8323 1000
No. Faks : 03 – 8323 2034
Email : infojpw@jpw.gov.my
Web : www.jpw.gov.my

BACA JUGA : Cara Daftar eKasih Untuk Terima Pelbagai Bantuan

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu tentang bantuan yang diumumkan oleh kerajaan. Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web rasmi JKM dan JPW.

Leave a Reply