Cara Mohon Rumah PPR, MyHome, PR1MA Dan Rumah Transit Online (TEDUH)

Cara Mohon Rumah PPR, MyHome, PR1MA Dan Rumah Transit Online (TEDUH). Nak memohon skim perumahan? Berita baik buat anda yang ingin memiliki rumah pertama sendiri. Untuk makluman, kini Jabatan Perumahan Negara (JPN) menyediakan satu portal online iaitu TEDUH yang memudahkan rakyat Malaysia menyemak atau mencari rumah yang bakal mereka beli atau sewa. Dalam portal ini turut memaparkan beberapa skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat (PPR), PR1MA, PPAM dan Rumah Transit. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal TEDUH.

Cara Mohon Rumah PPR, MyHome, PR1MA Dan Rumah Transit Online (TEDUH)

TEDUH adalah satu portal online yang disediakan oleh kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri bertujuan untuk memudahkan rakyat mendapatkan maklumat terkini tentang perumahan di Malaysia.

Cara Mohon Rumah PPR, MyHome, PR1MA Dan Rumah Transit Online (TEDUH)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Perumahan di Malaysia termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program perumahan dan cara permohonan :

Apa Fungsi TEDUH?

Fungsi laman web TEDUH adalah portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia. Antara fungsi-fungsi TEDUH adalah seperti berikut ;

  • Peratus pembinaan projek yang dikemaskini oleh pemaju
  • One Stop Centre carian Projek Perumahan Awam
  • Carian Pemaju Perumahan Swasta

Senarai Program Perumahan & Syarat Kelayakan

Antara skim perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara adalah iaitu :

A. Skim Program Perumahan Rakyat (PPR)

Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program perumahan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Syarat Kelayakan PPR

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Keutamaan bagi yang berkeluarga
  • Belum memiliki rumah.

B. Skim Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.

Syarat Kelayakan Rumah Transit

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Berusia 18 tahun hingga 30 tahun
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Belum memiliki rumah
  • Tiada rekod jenayah

C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.

Syarat Kelayakan Skim MyHome

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bagi Gaji RM1,000

Cara Daftar Perumahan PPR MyHome PR1MA & Rumah Transit Online

A. DAFTAR AKAUN

1. Untuk permohonan, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman web
https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.

Cara Mohon Rumah PPR, MyHome, PR1MA Dan Rumah Transit Online (TEDUH)

2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar.

B. BUAT PENGESAHAN

1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.

2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.

3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik
butang simpan.

C. LOG MASUK

1. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan.

2. Klik pada LOG MASUK.

D. PILIH SKIM PERUMAHAN

1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.

2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka
untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.

Cara Mohon Rumah PPR, MyHome, PR1MA Dan Rumah Transit Online (TEDUH)

3. Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.

E. MAKLUMAT PEMOHON

1. Klik pautan maklumat pemohon.

2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.

3. Kemudian, klik pada butang Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan (Jika berkahwin) dan Maklumat Tanggungan.

F. PILIH PROJEK

1. Klik pautan Projek untuk memohon projek.

2. Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri.

G. DOKUMEN SOKONGAN

1. Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.

2. Muat Naik Dokumen sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan. Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.

H. PENGESAHAN

1. Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.

2. Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.

3. Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses permohonan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian seperti berikut :

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

  • MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
  • PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
  • Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400
  • Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
  • Email: teduh@kpkt.gov.my
  • Bahagian Pemantauan Swasta

BACA JUGA : Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

Leave a Reply