Permohonan Pulang Ke Rumah Dari Kampung Mulai 26 April (Gerak Malaysia). Anda sedang berada di kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 dilaksanakan? Berita baik kepada anda yang terkandas di kampung halaman dan ingin pulang ke rumah masing-masing. Untuk makluman kini kerajaan telah membenarkan kepada yang berada di kampung boleh pulang ke kediaman sendiri menggunakan aplikasi ‘Gerak Malaysia’. Permohonan ini boleh dibuat menerusi Aplikasi Gerak Malaysia atau permohonan di balai polis mulai 26 April 2020. Pergerakan perjalanan yang diluluskan akan berlaku selepas 1 Mei 2020.

Permohonan Pulang Ke Rumah Dari Kampung Mulai 26 April (Gerak Malaysia)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan pulang dari kampung ke rumah menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau permohonan di balai polis :
Apa Itu Aplikasi Gerak Malaysia?
Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi memudahkan rakyat Malaysia pulang ke kediaman masing-masing. Aplikasi Gerak Malaysia boleh dimuat turun di platform Android dan iOS.
Fungsi Aplikasi Gerak Malaysia
Antara beberapa fungsi aplikasi ‘Gerak Malaysia’ adalah iaitu :
- Membantu kerajaan dan pihak polis dalam memerhati pergerakan yang bakal dilakukan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung.
- Menyimpan rekod perjalanan setiap individu yang memohon.
- Memudahkan proses penjejakan semula sekiranya berlaku penularan wabak dan sebagainya.
- Suka untuk kami ingatkan kepada anda, kebenaran untuk pulang ke rumah masing-masing ini masih dalam kajian awal.

Permohonan Pergerakan Antara Negeri (Gerak Malaysia)
Mulai 26 April 2020, bagi anda yang berkeinginan pulang ke rumah masing-masing atau tempat kerja, anda perlu mendaftar di aplikasi Gerak Malaysia :
1. Permohonan pergerakan antara negeri boleh dipohon secara online melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’.
2. Lengkapkan butiran maklumat anda dengan mengisi nama, jumlah ahli keluarga yang turut sama dalam pergerakan, lokasi atau tempat yang ditujui, kampung atau kawasan asal sebelum pergerakan dan status zon yang didiami sama ada zon merah, hijau dan sebagainya.
Nota : Anda perlu kemaskini permohonan pada 29 April 2020 untuk mengesahkan perjalanan anda.

Permohonan Pergerakan Antara Negeri (Secara Manual)
Bagi anda yang tiada kemudahan telefon pintar, anda boleh membuat permohonan secara manual di balai polis berhampiran:
1. Anda perlu hubungi balai polis berdekatan untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
2. Hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji yang diberi dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri.
NOTA: Anda dinasihatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu kerana untuk mengelakkan kesesakan di balai polis berlaku.
Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia
Berikut merupakan pautan Aplikasi Gerak Malaysia melalui Android atau IOS seperti di bawah :
Semakan Status Permohonan Pergerakan Antara Negeri
Keputusan status permohonan akan dikeluarkan selepas 1 Mei 2020 setelah mendapat kelulusan MKN dan KKM. Tempoh pergerakan akan diluluskan adalah pada 1 hingga 3 Mei 2020.
BACA JUGA : Contoh Surat Pelepasan Perjalanan Untuk COD Barang Atau Peniaga


