Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2018 Terkini

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2018 Terkini | Adakah anda calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya? Anda ingin ke Tingkatan Enam, Matrikulasi atau ke IPTA? Untuk pengetahuan, menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam (6) adalah antara satu pilihan terbaik buat pelajar lepasan SPM selain Universiti Awam. Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. Jadi apakah syarat kemasukan Tingkatan 6 2018 terkini?

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2018 Terkini

Untuk makluman, pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan kemasukan Tingkatan 6 kerana bagi calon yang melepasi syarat kelayakan akan ditawarkan secara automatik. Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh disemak secara online sekitar bulan April 2018. Bagi calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Keputusan tawaran STPM kebiasaanya diumumkan selepas keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan secara rasmi oleh KPM.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 2018 Terkini

Berikut dikongsikan adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 sebagai panduan buat pelajar :

Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6

1. Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6 2018

A. JURUSAN SAINS

1. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

● Matematik/ Matematik Tambahan

● Fizik

● Kimia

● Biologi

● Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi

● Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

B. JURUSAN SAINS SOSIAL

1. Sekolah Menengah Harian

1. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

● Bahasa Melayu

● Bahasa Inggeris

● Kesusasteraan Melayu/ Literature in English

● Sejarah

● Geografi/ Pendidikan Seni Visual

● Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari

● Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

● Matematik/ Matematik Tambahan

● Prinsip Perakaunan

● Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science

● Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

● Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah

● Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology

● Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

2. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

● Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab.

● Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

i. Bahasa Melayu

ii. Bahasa Inggeris

iii. Kesusasteraan Melayu/ Literature in English

iv. Sejarah

V. Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari

Vi. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

Vii. Matematik/ Matematik Tambahan

Viii. Prinsip Perakaunan

viiii. Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

x. Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science

xi. Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah

xii. Pendidikan Syariah Islamiah

xiii. Bahasa Arab

xiiii. Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

Semoga perkongsian syarat kemasukan Tingkatan 6 ini boleh dijadikan panduan buat pelajar lepasan SPM.

Leave a Reply