Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHOME) 2020 Secara Online

Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHOME) 2020 Secara Online. Berita baik buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, kerajaan Malaysia menawarkan satu skim perumahan iaitu MyHOME kepada pekerja sektor swasta yang ingin membuat pembelian rumah pertama mereka. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik buat rakyat Malaysia. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal TEDUH.

Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHOME) 2020 Secara Online

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHOME) adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHOME) 2020 Secara Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Perumahan Mampu Milik Swasta termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta

Antara syarat-syarat Skim Perumahan Mampu Milik Swasta yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHOME) 2020 Secara Online

Cara Permohonan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web https://teduh.kpkt.gov.my/project?scheme=MYHOME

2. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap perlu disertakan dengan beberapa dokumen adalah iaitu :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian :

  • Cawangan Pengurusan Perumahan (MyHome) : 03-8891 4027/ 4054 / 4055 / 4062
  • Emel : myhome@kpkt.gov.my

BACA JUGA : Cara Permohonan Skim Perumahan PPR PPAM & Rumah Transit

Leave a Reply