Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Bagi Golongan B40

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Bagi Golongan B40. Anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda golongan berpendapatan rendah yang tidak memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) tahun 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPNB atau ambil borang di Pejabat Cawangan SPNB.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Bagi Golongan B40

Program ini diwujudkan bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah B40 misalnya seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina sendiri yang sempurna dan selesa. Dengan adanya RMR ini membolehkan anda miliki rumah idaman yang ingin dimiliki.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Bagi Golongan B40

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Mesra Rakyat termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri rekabentuk rumah dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB

Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut.
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

NOTA:

  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Ciri-Ciri Program RMR

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Bagi Golongan B40

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat RMR 2020

A. Secara Online

1. Untuk permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://rmr.spnbonline.com.my

2. Isikan borang pendaftaran login dengan lengkap.

3. Login ID (emel) dan kata laluan yang diberikan untuk permohonan RMR.

4. Isi maklumat ke dalam sistem.

5. Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang.

6. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap perlu disertakan dengan beberapa dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

B. Isi Borang (Manual)

  1. Wajib ada tanah sendiri
  2. Pergi ke Pejabat Cawangan SPNB
  3. Ambil borang dan isi borang permohonan tersebut.
  4. Apply kat SPNB dan buat pilihan rekabentuk rumah yang anda ingin seperti dipaparkan di laman web SPNB.

Tanggungjawab Pemohon

1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
2. Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
5. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)

Artikel Berkaitan : Permohonan Skim Perumahan Belia 2020 BSN MyHome-i (SPB)

Senarai Dokumen Penting Yang Diperlukan

1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
8. Salinan sijil nikah pemohon
9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Soalan Lazim Rumah Mesra Rakyat

1. Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

2. Boleh kah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh, kesemua tuan tanah mestilah hidup dan memberi kebenaran serta tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

3. Boleh kah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?

Boleh sekiranya kesemua tuan tanah (masih hidup) memberi kebenaran

4. Bagaimana membuat bayaran bulanan?

Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

5. Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Jika simati telah diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jia tidak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang SPNB, anda boleh ke FAQ RMR di http://spnb.com.my/soalan-lazim-rumah-mesra-rakyat/

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556
No. Faks: 603-2681 0170

Leave a Reply