Cara Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) Bagi Gaji RM1,000 Tanpa Slip!

Cara Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) Bagi Gaji RM1,000 Tanpa Slip. Berita baik buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan dan gaji bersih RM1,000 sebulan. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) di mana-mana cawangan institusi kewangan yang dikehendaki dan bukan secara terus ke Pejabat SJKP Berhad.

Cara Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) Bagi Gaji RM1,000 Tanpa Slip!

Skim Jaminan Kredit Perumahan atau ringkasnya SJKP adalah satu skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas beserta mempunyai pendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi dan nelayan. Skim ini merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

Cara Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) Bagi Gaji RM1,000 Tanpa Slip!

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai institusi dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Permohonan SJKP 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah/ sederhana/ mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/ didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Senarai Institusi Kewangan Yang Terlibat

  • Affin Bank, Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group, AmIslamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank, Maybank Islamic

Proses Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP 2020

Proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
  3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  4. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  5. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  6. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang SJKP sila layari disini.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan, sila hubungi di talian :

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2096 5000
No. Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my

BACA JUGA : Cara Mohon Program Perumahan Rakyat (PPR) Untuk Golongan B40

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan portal Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu makluman terkini secara umum sahaja. Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web rasmi SKJP.

Leave a Reply