Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun (Borang)

Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun (Borang). Nak carum KWSP? Berita baik buat golongan suri rumah yang ingin membuat caruman KWSP. Untuk makluman, kini kerajaan Malaysia menawarkan satu insentif khas iaitu i-Suri khususnya kepada golongan suri rumah yang berminat membuat caruman KWSP. Antara faedah dalam i-Suri KWSP adalah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun seberikutnya. Bantuan kematian turut disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2,500. Pendaftaran i-Suri KWSP boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi KWSP.

Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun (Borang)

i-Suri KWSP adalah merupakan satu insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk menggalakkan pihak suami membuat caruman bulanan secara sukarela mengikut kemampuan ke akaun KWSP isteri yang tidak bekerja sebagai perlindungan persaraan dan asas keselamatan sosial.

Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Suri KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah, cara bayaran dan pendaftaran :

Syarat Kelayakan Pendaftaran i-Suri KWSP

Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP adalah iaitu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar eKasih Online

Siapakah Yang Boleh Mencarum

i. Diri sendiri (isteri)

ii. Suami kepada pasangan yang layak

Nota : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Faedah i-Suri KWSP

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500

Insentif kerajaan hanya dibayar sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di dalam sistem eKasih; ATAU
  • KIR wanita status balu,belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Nota : Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun (Borang)

Cara Daftar i-Suri KWSP

Pendaftaran boleh dibuat dengan hadir di mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad beserta dua borang permohonan yang boleh di muat turun menerusi pautan di bawah :

Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun (Borang)
Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun (Borang)
Borang Pendaftaran i-Suri KWSP

Borang permohonan boleh dihantar ke mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran secara serahan tangan.

Cara Bayaran

a. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.

b. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, RHB dan BSN)

c. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB dan PBB

Nota : KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.

Untuk maklumat lanjut tentang i-Suri KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/.

BACA JUGA : Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Bekerja Sendiri

Sumber : KWSP

Leave a Reply