Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan, Bayaran Insentif RM600 – RM1000 (PenjanaKerjaya)

Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan, Bayaran Insentif RM600 – RM1000 (PenjanaKerjaya). Berita baik buat rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan disebabkan penularan pandemik COVID-19. Untuk makluman menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Program Latihan (PenjanaKerjaya) untuk memberi peluang kepada penganggur dan para graduan yang sedang mencari pekerjaan. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon MYFutureJobs PERKESO secara atas talian (online) menerusi laman web MYFutureJobs.

Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan, Bayaran Insentif RM600 - RM1000 (PenjanaKerjaya)

MYFutureJobs merupakan portal dibawah seliaan PERKESO. Ia dilancarkan ekoran Program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. Selain itu, pihak majikan juga perlu buat pengisian maklumat di portal PenjanaKerjaya untuk membuka peluang pekerjaan kepada para penganggur dan graduan.

Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan, Bayaran Insentif RM600 – RM1000 (PenjanaKerjaya)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran MYFutureJobs PERKESO termasuk memaparkan syarat kelayakan, insentif bayaran dan aplikasi permohonan :

Apa Itu MyFutureJobs PERKESO?

MyFutureJobs PERKESO adalah merupakan satu portal yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu pencari kerja dan melancarkan padanan pekerjaan.

Apa Itu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya)

PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. Kementerian Sumber Manusia (KSM) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program PenjanaKerjaya melalui National Employment Services, PERKESO.

Senarai Pakej Insentif Pengambilan Pekerja PenjanaKerjaya

PenjanaKerjaya yang disediakan adalah seperti kategori berikut :

A. #MyApprentice – Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan. Insentif kewangan adalah sebanyak RM600 (Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan).

B. #HireMalaysia

1. HireMalaysia 40 Tahun Ke Bawah

  • Pencari kerja tempatan yang berumur dibawah 40 tahun
  • Insentif Kewangan: RM800 (Bagi pekerja yang digaji RM1,200 ke atas untuk tempoh maksimum 6 bulan)

2. HireMalaysia 40 Tahun Ke Atas

  • Pencari kerja tempatan yang berumur 40 tahun dan ke atas
  • Insentif Kewangan: RM1000 (Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan)

3. OKU

  • Pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan kurang upaya (OKU) dan Peserta program Return to Work (RTW) PERKESO
  • Insentif Kewangan: RM1000 (Bayaran secara bulanan untuk tempoh maksimum 6 bulan)

*Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada tarikh lahir semasa permohonan

C. Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance) – bayaran one-off kepada pekerja yang berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja.

D. Program Latihan – menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.

Siapakah Yang LAYAK Memohon PenjanaKerjaya?

  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020;
  • Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020.

Siapakah Yang TIDAK LAYAK Memohon PenjanaKerjaya?

  • Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing atau Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung;
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).

Peringatan : Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi Upah adalah tidak layak.

Syarat Kelayakan Program Insentif Pengambilan Pekerja

Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan, Bayaran Insentif RM600 - RM1000 (PenjanaKerjaya)
Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan, Bayaran Insentif RM600 - RM1000 (PenjanaKerjaya)

Cara Pendaftaran MYFutureJobs PERKESO Online

Bagi penganggur atau graduan yang ingin mencari pekerjaan, sila buat pendaftaran menerusi portal MYFutureJobs untuk pemilihan dalam program PenjanaKerjaya :

1. Daftar atau kemaskini profil di Portal MYFutureJobs secara online di pautan www.myfuturejobs.gov.my mulai 15 Jun 2020.

2. Bagi anda yang belum buat pendaftaran, sila klik pada butang ‘Register’.

3. Tekan sebagai pencari kerja.

4. Isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap dan diperlukan sahaja.

Cara Pendaftaran PenjanaKerjaya Online

Untuk pendaftaran PenjanaKerjaya, majikan sahaja yang perlu daftar dan isi untuk penyediaan pekerjaan kepada yang berkelayakan :

1. Sila layari ke laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php.

2. Buat akaun pendaftaran dan isikan maklumat.

3. Klik pada butang ‘Submit’ selepas pengisian maklumat diperlukan.

4. Log masuk dengan emel dan password yang didaftarkan.

5. Di bahagian tab training, ada program yang boleh dipilih untuk pekerja.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang MYFutureJobs, sila hubungi dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian 03 – 80915300/ 1300228000 atau emel ke penjanakerjaya@perkeso.gov.my.

BACA JUGA : Cara Semak Kelayakan Skim Kesihatan PEKA B40 Untuk Penerima BSH (PENJANA)

One Response

  1. Nostin Bin suari June 18, 2020

Leave a Reply