Permohonan Program Subsidi Upah PSU 4.0 2021 Bagi Majikan & Pekerja (Semakan Status)

Permohonan Program Subsidi Upah PSU 4.0 2021 Bagi Majikan & Pekerja (Semakan Status). Bagaimana cara tuntutan Program Subsidi Upah 4.0? Panduan buat majikan dan pekerja yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Untuk makluman menerusi perutusan PEMULIH, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Subsidi Upah (PSU 4.0) kepada majikan bagi mengekalkan pekerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah mengikut jumlah pekerja masing-masing. Inisiatif Program Subsidi Upah mula diperkenalkan pada 1 April 2020 dan menerima respon positif berhubung program ini. Permohonan baru PSU 4.0 boleh dibuat melalui laman sesawang PERKESO tanpa syarat had gaji ditetapkan.

Permohonan Program Subsidi Upah PSU 4.0 2021 Bagi Majikan & Pekerja (Semakan Status)

Program Subsidi Upah (Wage Subsidy) adalah merupakan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya mengekalkan pekerja dan mengelakkan pekerja daripada dibuang kerja dan hilang punca pendapatan. Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat.

Permohonan Program Subsidi Upah PSU 4.0 2021 Bagi Majikan & Pekerja (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kaedah pembayaran dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : bulan Julai 2021

Senarai Inisiatif Program Subsidi Upah 4.0

a. Kerajaan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600/pekerja selama empat bulan.

b. Pemansuhan syarat had gaji untuk permohonan PSU 4.0. Majikan bolleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji melebihi RM4,000.

Syarat Kelayakan Program Subsidi Upah 4.0

Antara syarat-syarat kelayakan Program Subsidi Upah 4.0 adalah seperti berikut :

a. Program ini hanya untuk pekerja yang telah berdaftar dan mencarum di dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
b. Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
c. Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gaji sedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.
d. Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada 500 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.

Siapakah Yang Tidak Layak Memohon Wage Subsidy

i. Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan SIP PERKESO;
ii. Pekerja yang sama yang telah mendapat bantuan kewangan ERP pada bulan yang sama;
iii. Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
iv. Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
v. Pekerja sektor awam, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pekerja asing dan pegawai dagang;
vi. Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers; dan
vii. Pekerja asing dan pegawai dagang.

Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO Bagi Majikan & Pekerja RM600, RM800, RM1,200

Cara Permohonan Program Subsidi Upah 4.0 Online

a. Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka melalui laman web rasmi https://psu.perkeso.gov.my/. Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan sahaja bermula bulan Julai 2021.

b. Selain borang permohonan, terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh majikan untuk memohon Program Subsidi Upah :

i. Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja).
ii. Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja).
iii. Salinan pengenalan pendaftaran bank panel. majikan/MyCOID.
iv. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB.
v. Akuan Pengisyitharan PSU50.
vi. Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

Kaedah Pembayaran Program Subsidi Upah

Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.

Semakan Status PSU 4.0 Online

Pemohon boleh semak status permohonan PSU 4.0 secara online menerusi laman web https://psu.perkeso.gov.my/.

BACA JUGA : Semakan dan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 ATAU 03-8091 5100 (mula aktif 2 April 2020) ATAU emel kepada perkeso@perkeso.gov.my

Sumber : PERKESO

Leave a Reply