Permohonan dan Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor RM250/RM500

Permohonan dan Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor RM250/RM500. Nak mohon bantuan kewangan? Berita baik buat rakyat negeri Johor yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Ihsan Johor kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional. Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM250 sehingga RM500 mengikut kriteria yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat dimana kerajaan negeri melantik pihak penyelaras untuk mengenalpasti golongan yang layak mendapat Bantuan Ihsan COVID-19 Johor.

Permohonan dan Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor RM250/RM500

Permohonan dan Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor RM250/RM500

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Ihsan Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : Permohonan akan ditutup apabila PKP dan pandemik COVID-19 ini berakhir.

Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor adalah seperti berikut :

a. Warganegara atau bukan warganegara.

b. Menetap dan bermastautin di Negeri Johor.

c. Pendapatan isi rumah yang berjumlah RM8,000 ke bawah yang tercicir daripada menerima BPN dan BSH.

d. Individu bujang yang bukan tanggungan keluarga dan 18 tahun ke atas layak menerima bantuan ini.

Kumpulan Sasar Layak Menerima Bantuan Ihsan Johor

Terdapat empat kumpulan sasar yang diberikan iaitu :

a. Orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

b. Orang perseorangan atau isi rumahnya yang ada menerima bantuan tetapi wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan.

c. Lain-lain orang perseorangan atau isi rumah warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.

d. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Johor kepada isi rumah bukan warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.

KADAR BANTUAN

RM250 Atau RM500 mengikut kriteria masing-masing. Pembayaran akan dilakukan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor secara Electronic Fund Transfer (EFT).

Artikel Berkaitan : Permohonan Baharu dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional

Cara Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

  1. Wakil atau Penyelaras Pusat Saluran akan mengenalpasti mereka yang berkelayakan atau mereka yang berkelayakan boleh menghubungi wakil/penyelaras pusat saluran di kawasan masing-masing.
  2. Wakil yang dilantik akan membantu orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
  3. Tiada borang diperlukan tetapi beberapa maklumat diperlukan untuk wakil pusat saluran membuat permohonan. Borang yang tersebar adalah bagi kegunaan wakil sebagai panduan sahaja.
  4. Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor.
  5. Bagi pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan TIDAK PERLU dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan itu perlu dihantar ke Bilik Gerakan.

EJEN PUSAT SALURAN

Kerajaan Negeri Johor telah melantik Ketua Pusat Saluran untuk melantik Ejen Pusat Saluran bagi membantu individu atau isi rumah untuk membuat permohonan. Berikut adalah senarai Pusat Saluran dan ejen yang dilantik seperti di bawah :

Pusat SaluranContoh Ejen
Pejabat Menteri Besar– YB Dato Zulkarnain Bin Haji Kamisan
– YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy
– YB Datuk Tee Siew Kiong
Pejabat Daerah – Penghulu
– Ketua Kampung
Pihak Berkuasa Tempatan – Ahli Majlis
– Ketua Jabatan PBT
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri

Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

  1. Keputusan setiap permohonan yang telah diterima sama ada berjaya atau pun gagal akan dimaklumkan melalui sistem e-IHSAN Johor kepada semua Pusat Saluran.
  2. Borang permohonan yang BERJAYA, pembayaran akan dilakukan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electronic Fund Transfer (EFT).
  3. Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.

Nota : Keputusan setiap permohonan dan status pembayaran akan dimaklumkan kepada pemohon oleh Pusat Saluran berkaitan.

Soalan Lazim Bantuan Ihsan COVID-19 Johor

1. Adakah permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online)?

Tiada ppermohonan secara dalam talian (online).

2. Kenapa menggunakan wakil atau penyelaras pusat saluran?

Untuk memberi ruang kepada wakil/penyelaras pusat saluran mengenalpasti individu yang benar-benar layak untuk menerima bantuan ini.

3. Adakah individu bujang boleh memohon?

Boleh. Individu yang bekerja berumur 18 tahun ke atas dan bukan dalam tanggungan keluarga.

4. Berapakah jumlah gaji maksimum pemohon?

Pendapatan isi rumah yang berjumlah RM8,000 ke bawah yang tercicir daripada menerima BPN/ BSH.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian Bilik Gerakan seperti berikut :

No. Tel : 07- 266 6766
Emel : ihsancovid19@johor.gov.my

Leave a Reply