Cara Semak Kelayakan Skim Kesihatan PEKA B40 Untuk Penerima BSH (PENJANA). Berita baik buat golongan Kumpulan B40 dimana kerajaan baharu, Perikatan Nasional akan meneruskan inisiatif Skim Kesihatan PeKa B40 tahun 2020. Untuk makluman, Skim PeKa B40 telah diperkenalkan tahun lalu dan banyak memberi manfaat kepada golongan yang berkelayakan. Skim kesihatan ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, dikenali sebagai kumpulan B40. Bagi penerima BSH dan pasangan yang berdaftar boleh semak Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 secara online melalui laman web https://kelayakan.pekab40.com.
Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia memperuntukkan RM50 juta untuk Skim Kesihatan PEKA B40 bagi menampung perbelanjaan pembiayaan saringan kesihatan. Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau dikenali sebagai PEKA B40 adalah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai Peka B40.
Cara Semak Kelayakan Skim Kesihatan PEKA B40 Untuk Penerima BSH (PENJANA)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, manfaat dan aplikasi semakan :
Kriteria Kelayakan PEKA B40
Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
Manfaat PEKA B40
Antara manfaat PeKa B40 yang akan diterima oleh golongan berpendapatan rendah iaitu :
Manfaat 1: Saringan Kesihatan
i. Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
ii. Saringan kesihatan merangkumi:
- Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
- Saringan kesihatan mental
- Pemeriksaan fizikal
- Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
- Ujian darah dan ujian air kencing
Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan
i. Terdapat 10 jenis kategori Bantuan Alat Perubatan yang ditawarkan berdasarkan pengesahan oleh pakar di Hospital KKM:
- Stent untuk jantung
- Alat sendi tiruan
- Alat bantuan pendengaran
- Perentak jantung
- Prostesis & implan untuk tulang belakang
- Prostesis dan ortosis tulang anggota
- Kanta mata intraokular (untuk pesakit katarak)
- Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
- Bantuan sokongan nutrisi
- Kerusi roda
ii. Had maksima Bantuan Alat Perubatan yang dapat dibiayai oleh PeKa B40 adalah RM20,000.
Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
i. Bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.
ii. RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
iii. Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan
i. Bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
ii. Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
- RM500 untuk Semenanjung Malaysia
- RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan
iii. Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang PeKa B40, sila rujuk soalan lazim disini.
PENJANA : Peruntukan RM50 Juta Untuk Skim Kesihatan PEKA B40
Cara Semakan Kelayakan Skim PEKA B40 Online
1. Semakan kelayakan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
2. Sila masukkan MyKad anda tanpa tanda (-) dan klik pada butang ‘Semak’.
Nota : Sekiranya status layak, anda boleh lawati klinik PeKa B40 yang berdekatan melalui pelekat logo PeKa B40 disertakan dengan MyKad masing-masing.
Semak Senarai Klinik PEKA B40
Ujian saringan kesihatan boleh dilakukan mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai pelekat PEKA B40 di pintu klinik. Senarai klinik PeKa B40 boleh dirujuk disini.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang PeKa B40, sila hubungi seperti berikut :
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor
No. Tel: +603 8687 2500
Emel: info@pekab40.com.my
BACA JUGA : Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Bersama Tambahan RM100 & e-Wallet RM50 Mulai Julai