Permohonan Pengeluaran Duit ASB Maksima RM500 Sebulan Melalui myASNB Online. Anda tahu tak kini boleh keluarkan duit ASB sebanyak RM500 sebulan secara online? Panduan buat pemegang unit Saham Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Kini anda boleh mengeluarkan duit simpanan ASNB anda secara atas talian melalui kemudahan terbaru yang disediakan melalui myASNB. Anda boleh keluarkan ASB dengan minimum RM100 sehingga RM500 sebulan secara online tanpa perlu hadir ke pejabat atau bank-bank berdekatan anda. Pendaftaran dan permohonan pengeluaran ini boleh dibuat secara online mulai 20 April 2020 di Portal myASNB manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.
Permohonan Pengeluaran Duit ASB Maksima RM500 Sebulan Melalui myASNB Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran Duit ASB termasuk memaparkan kemudahan myASNB dan aplikasi permohonan :
- Portal myASNB – Mulai 20 April 2020
- Aplikasi Mudah Alih myASNB – Mulai 27 April 2020
Apa Portal myASNB?
Portal myASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Kemudahan Pengeluaran Duit ASB Online
- Had pengeluaran secara dalam talian ialah RM500 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda. Minimum pengeluaran adalah RM100.
- Pemegang unit saham hanya dibenarkan keluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
- Bilangan jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali bagi setiap satu (1) bulan kalendar.
- Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja berikutnya.
Waktu Urus Niaga
Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:
- Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin hingga Ahad*
- Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin hingga Ahad (*kecuali cuti umum)
Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.
Cara Mohon Pengeluaran Duit ASB Online
1. Sila log in ke laman web https://www.myasnb.com.my/
2. Kemudian, klik ‘Portfolio’ dan klik pada ‘Transaksi’ yang dikehendaki. Pilih ‘Jualan Balik’.
3. Pastikan maklumat bank anda betul dan klik ‘Seterusnya’.
4. Baca tanda kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.
5. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.
6. Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik ‘Teruskan’.
7. Klik ‘Permintaan TAC’, isikan dan klik ‘Seterusnya’.
8. Tranksasi anda berjaya.
Pendaftaran myASB
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk akses kemudahan ini. Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB www.myASNB.com.my.
Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.
Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03- 7730 8899.
BACA JUGA : Permohonan dan Semakan Pengeluaran i-Lestari KWSP