Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Online (Kemaskini Maklumat). Nak kemaskini permohonan BPN 2.0? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin membuat penukaran status perkahwinan Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Bermula 15 Oktober 2020, permohonan baharu BPN 2.0 telah dibuka kepada yang masih belum membuat permohonan. Bagi penerima sedia ada, semakan status BPN 2.0 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web BPN.

Bagi pemohon yang mengalami pertukaran status perkahwinan BPN 2.0, anda perlu kemaskini status perkahwinan supaya anda layak menerima bayaran BPN 2.0. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 billion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu. Menurut Menteri Kewangan Malaysia, pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan bermula pada 26 Oktober 2020 secara berperingkat.
Cara Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Online (Kemaskini Maklumat)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tukar status perkahwinan BPN 2.0 bagi status bujang, ibu bapa tunggal, duda, janda dan balu yang berkahwin :
Cara Menukar Status Perkahwinan BPN 2.0
Bagi mereka yang bertukar status daripada bujang kepada berkahwin dan ingin membuat permohonan baharu, ikuti langkah-langkah adalah seperti berikut :
- Muat turun Borang Pembatalan Permohonan BPN 2.0 menerusi pautan di https://bpn.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPembatalanPermohonanBPN.pdf.
- Lengkapkan borang permohonan dan bawa bersama sijil nikah/ cerai ke cawangan LHDNM untuk dihantar (pemohon & pasangan).
- Setelah ruangkan telah lengkap, klik hantar.
- Buat semula ‘Permohonan Baharu BPN 2.0‘ secara atas talian menerusi Portal BPN.
Nota : Bagi bujang yang bertukar status kepada berkahwin, perlulah mengemukakan permohonan baharu mulai 15 Oktober 2020 bagi kategori isi rumah.

Situasi Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0
Terdapat 2 jenis situasi yang berkaitan dengan tukar status perkahwinan 2.0 iaitu :
- Bujang Kepada Kahwin (bujang > berkahwin)
- Kahwin Kepada Bujang (berkahwin > janda/duda/ibu tunggal)
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BPN 2.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara).
BACA JUGA : Semakan Permohonan BPN 2.0 Secara Online