Pendaftaran dan Semakan Status iSuri KWSP Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun. Berita baik buat golongan suri rumah apabila kerajaan memutuskan untuk meneruskan Bantuan iSuri KWSP seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020. Antara faedah dalam iSuri KWSP adalah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun seberikutnya. Bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM2,500. Penerima iSuri turut menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera. Pendaftaran iSuri KWSP boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi KWSP.
Pendaftaran dan Semakan Status iSuri KWSP Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang iSuri KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara bayaran dan permohonan serta semak status :
Syarat Kelayakan iSuri KWSP
Antara syarat-syarat kelayakan iSuri KWSP adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
Siapakah Yang Boleh Mencarum
i. Diri sendiri (isteri)
ii. Suami kepada pasangan yang layak
Nota : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Faedah iSuri KWSP
a. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
b. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
c. Menerima dividen tahunan KWSP
d. Bantuan Kematian: RM2,500
Nota : Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Had Bayaran
Minimum (RM sahaja)
Tiada had
Maksimum (RM sahaja)
RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Cara Pendaftaran iSuri KWSP
Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif iSuri KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad beserta dua borang permohonan berikut:
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Pembayaran Caruman
a. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
b. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, RHB dan BSN)
c. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB dan PBB
Nota : KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.
Untuk makluman lanjut berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 03 8000 8000.
BACA JUGA : Semakan Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak
Sumber : KWSP
Tolong saya
Tolong saya