Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Online (Tarikh Bayaran). Nak semak status Pengeluaran i-Lestari KWSP? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP untuk akaun kedua. Untuk makluman, kini anda boleh menyemak status i-Lestari KWSP secara atas talian (online) melalui Portal i-Lestari Online. Menerusi kenyataan daripada Menteri Kewangan Malaysia, tarikh bayaran i-Lestari KWSP akan diagihkan mulai 4 Mei 2020.

Dinasihatkan kepada pemohon jangan berpusu-pusu ke bank selepas 4 Mei 2020. Proses pengkreditan dijangka mengambil masa yang lebih kerana melibatkan banyak transaksi dijalankan dalam hari yang sama.
Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Gagal (Tarikh Bayaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan :
Apa Itu Pengeluaran i-Lestari KWSP?
Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
Cara Semak Status Pengeluaran I-Lestari KWSP Secara Online
1. Anda boleh menyemak status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP secara online di laman portal i-Lestari Online untuk mengetahui status LULUS atau GAGAL permohonan yang dilakukan.
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk semakan.
3. Klik pada ‘saya bukan robot’ dan klik butang ‘SEMAK’.
4. Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL.
Cara Penyediaan Untuk Terima Duit i-Lestari KWSP
1. Semak akaun dan nama bank yang didaftarkan supaya anda boleh membuat semakan baki pada 4 Mei 2020 selepas pembayaran dibuat oleh KWSP.
2. Simpan maklumat seperti username dan kata laluan i-AKAUN KWSP anda dengan selamat.
Soalan Lazim Berkaitan Pengeluaran i-Lestari KWSP
SOALAN
- Permohonan i-Lestari KWSP dah status lulus tapi beberapa hari kemudian bertukar status jadi kemaskini.
- Isteri mohon i-Lestari KWSP tapi letak akaun bank nama suami.
- Kalau pemohon i-Lestari KWSP tiada akaun bank, bagaimana cara nak dapatkan duit i-Lestari?
JAWAPAN
- Status tetap lulus tunggu duit masuk ke akaun bank.
- Isteri kena tukar guna nombor akaun bank sendiri. Walaupun guna nombor akaun suami dapat status lulus tetapi status sebenar DITOLAK kerana KWSP tidak akan bayar kepada pihak ketiga.
- Pemohon kena buat akaun bank sendiri utk mohon i-Lestari KWSP. Jika tidak kena ambil secara tunai di kaunter KWSP setelah pejabat dibuka.
Kwsp suami tapi masuk dlm akaun bank isteri.so tak dpt.mcm mane nk apply lain ek.bila tu boleh apply.
Status lulus tapi guna akaun tunang.
Bokeh kah saya ambil secara tunai di pejabat kwsp?
Nak daftar i akaun guna email macam mana
Boleh bagi link x