Permohonan Rayuan Haji 2023/1444H (Surat Rayuan). Panduan buat mereka yang ingin membuat rayuan haji tahun 2023. Bagi jemaah yang layak untuk menunaikan haji bagi tahun 2022, anda di antara insan yang terpilih untuk menunaikan ibadat haji di Baitullah. Manakala yang gagal masih mempunyai peluang dengan mengemukakan permohonan rayuan. Untuk makluman menerusi laman Tabung Haji, rayuan Haji 2022/1443H boleh dibuat setelah tawaran haji tahun semasa dikeluarkan.

Rayuan ini terbuka kepada semua bakal haji yang telah mendaftar dengan Tabung Haji (TH) tetapi masih belum mendapat panggilan giliran menunaikan ibadat haji pada tahun 2022. Untuk permohonan rayuan haji, anda perlu mengemukakan surat rayuan haji dengan alasan yang kukuh dalam format surat rasmi yang lengkap. Terkini, Tabung Haji telah memperkenalkan ‘Borang Rayuan Haji’ dimana anda boleh dapatkan borang tersebut daripada Pejabat Cawangan Tabung Haji atau laman web TH.
Permohonan Rayuan Haji 2023/1444H (Surat Rayuan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan rayuan haji termasuk memaparkan tarikh, kategori rayuan serta cara rayuan :
Tarikh Rayuan Mengerjakan Haji
Menerusi makluman daripada Tabung Haji memaklumkan rayuan haji boleh dibuat setelah tawaran haji tahun semasa dikeluarkan sehingga 1 Rejab setiap tahun. Pendeposit hanya dibenarkan mempunyai satu (1) rayuan sahaja bagi setiap musim haji.
Senarai Kategori Rayuan Haji
Berikut adalah kategori-kategori rayuan Haji iaitu :
- Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (44 tahun dan ke bawah)
- Isteri mengikut suami Terpilih
- Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (45 tahun dan ke atas)
- Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
- Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
- Bakal Haji Muallaf
- Bakal Haji Lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
- Bakal Haji Daftar Lama
- Lain-lain Rayuan
Cara Permohonan Rayuan Haji
Bagi anda yang nak buat rayuan haji boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Thijari https://www.thijari.com.my/
Semak Status Rayuan Haji 2022 Online
Pendeposit boleh menyemak status rayuan haji dengan menggunakan aplikasi Thijari.
Soalan Lazim Rayuan Haji
1. Siapakah yang layak membuat rayuan?
- Semua pendeposit Tabung Haji;
- Telah mendaftar haji;
- Telah mendaftar Aplikasi THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI).
2. Adakah pendeposit boleh memuat naik dokumen sokongan semasa rayuan haji dibuat?
Pendeposit tidak boleh memuat naik dokumen sokongan semasa rayuan haji dibuat.
Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang rayuan haji boleh ke laman https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/soalan-lazim/rayuan-haji
Sebarang pertanyaan lanjut tentang rayuan haji, sila hubungi THCC di talian 03- 6207 1919 atau layari FB https://web.facebook.com/TabungHaji/
BACA JUGA :
Sumber : TH


