Semakan Baki Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari November 2020

Semakan Baki Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari November 2020. Panduan buat Ahli KWSP yang ingin membuat semakan penyata, baki dan transaksi pengeluaran KWSP akaun 2. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan satu portal online iaitu i-Akaun untuk memudahkan Ahli menyemak penyata, baki dan status pengeluaran KWSP secara dalam talian. Selain itu, pencarum juga boleh membuat pengeluaran i-Lestari KWSP melalui e-Pengeluaran. Bagi anda yang nak daftar i-Akaun boleh dibuat menerusi emel dan hadir ke Kiosk KWSP.

Semakan Baki Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari November 2020

Semakan Baki Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari November 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Akaun KWSP termasuk memaparkan semakan penyata, baki dan transaksi pengeluaran i-Lestari :

Apa Itu i-Akaun KWSP

I-Akaun KWSP adalah satu portal online yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk memudahkan pencarum KWSP menyemak status pengeluaran, semakan penyata dan baki menerusi online. Selain itu, anda juga boleh menggunakan i-Akaun KWSP menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Apple App dan Google Play Store.

Cara Semak Penyata Dan Baki KWSP Di i-Akaun

Berikut adalah langkah-langkah untuk semak penyata dan baki KWSP menerusi i-Akaun. Sebelum itu anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun boleh rujuk langkah-langkah di bawah :

A. Pendaftaran Dan Pengaktifan i-Akaun KWSP

Anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP sama ada menerusi emel, ke kaunter KWSP dan Kiosk KWSP berdekatan.

B. Log Masuk i-Akaun

  1. Untuk log masuk i-Akaun boleh layari menerusi portal KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Taipkan ‘Kod Pengaktifan’ yang diterima dalam ruangan USER ID. Peringatan pengaktifan perlu dibuat dalam masa 30 hari selepas diterima.
  3. Seterusnya, masukkan ‘Kata Laluan Sementara’ dan klik pada butang ‘Login’.
  4. Apabila pengaktifan selesai dan menerima notifikasi berjaya, anda boleh log masuk dengan ID baru.
  5. Sekarang anda boleh buat semakan penyata dan baki KWSP.

B. Semakan Penyata KWSP

  1. Log in akaun menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.
  2. Klik pada ‘Akaun Peribadi’ dan pilih tahun pada ruangan ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’.
  3. Klik pada butang ‘Cari’ dan maklumat penyata akan dipaparkan.
  4. Anda boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan November 2020

Kemudahan i-Akaun KWSP

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun ini dan seberikutnya
  • Menyemak status pengeluaran
  • Menyemak transaksi caruman
  • Mengemaskini profil
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh rujuk https://www.kwsp.gov.my/faq-i-lestari

Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

BACA JUGA : Permohonan dan Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

Leave a Reply