Pendaftaran Dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online. Nak daftar telefon pintar percuma B40? Berita baik buat pelajar sekolah yang keluarga berpendapatan rendah B40. Untuk makluman, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih untuk sesi pembelajaran di rumah. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi YTL Foundation.

Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB iaitu 10GB sebulan selama setahun. Dengan adanya telefon pintar membolehkan anak anda akses pembelajaran dan kuiz ulangkaji menerusi aplikasi FrogPlay atau e-Learning KPM.
Pendaftaran Dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang telefon pintar percuma YTL termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara Permohonan serta semakan status :
Apa Dimaksudkan Yang Keluarga B40?
Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000. Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH).
Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB
- Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
- Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40
Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Dengan Data
- Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN) - Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.
- Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
- Setelah itu, anda hendaklah mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan menerusi pautan https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.
- Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang diperlukan.
Artikel Berkaitan : Cara Semak Kelayakan Skim Kesihatan PEKA B40 Untuk Penerima BSH (PENJANA)
Cara Semak Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data
A. Semakan Online
Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.
B. Semakan Emel
Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.
Nota : Untuk makluman lanjut tentang soalan lazim telefon pintar percuma bersama data boleh dirujuk disini.
Gambar Penerima Telefon Pintar Percuma Bersama Data


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :
YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
ytlfoundation@ytl.com.my
No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388
Penafian : Laman web myinformasi.net tiada sebarang kaitan dengan Yayasan YTL. Portal web ini hanya kongsikan informasi ini kepada orang ramai sebagai pengetahuan umum sahaja.



Name Sy umamoopan Dan in my 840331086622 .Sy Ada pendaftaran Telefon pintar percuma dengan data tapi Sy sdh lama daftar tapi tidah dapat maklimat apapun .tolong semak Sy Ada dapt Telefon pintar.
Saya hanya dapat kad sim sahaja..macam mana tuh
Kenapa sy mohon telefon untuk ank belajar kat umh and krja sekolah …tak lulus apa yg tak lulus b40 sy pun lulus …apa masalah ni bagi la tau apa yg tak lulus …pening pening
Sy peliklah kenapa xdpt..sdgkn b40 sy dpt tp kemudahan pembelajaran anak sy x dpt..sebenarnya kenapa ya…
Kenapa pemohonan saya tidak diluluskan sedangkan saya adalah penerima BSH
tunggu cikgu yg buat xjadi ape.. smpi skrg xde pon cikgu call tnye psl ni.. mcm xde je benda ni..
Sama la..ssh la..tak fhm dia org
Tak boleh buat rayuan ye
Klu Ibu yg memohon boleh tak.
Sudah mohon tapi tidak diluluskan.entah kenapa