Senarai Bantuan Khas Kerajaan Negeri Johor COVID-19. Berita baik buat rakyat negeri Johor yang terkesan dengan wabak COVID-19. Untuk makluman, kerajaan Negeri Johor mengumumkan bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 kepada semua pesakit yang positif COVID-19. Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM20,000 diberikan kepada semua 56 ADUN. Bantuan segera juga dipertimbangkan bagi kategori asnaf yang terkesan dengan wabak Coronavirus. Berikut adalah beberapa inisiatif dan skim bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Johor.
Hal ini demikian setelah Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan agar penularan wabak ini dapat dihalang. Menurut makluman terkini, kerajaan Persekutuan akan meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.
Senarai Bantuan Khas Kerajaan Negeri Johor COVID-19
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang skim bantuan dan inisiatif daripada kerajaan Negeri Johor untuk menangani wabak COVID-19 :
Bantuan RM1,000 kepada pesakit positif COVID-19
Bayaran bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 kepada pesakit yang positif COVID-19.
Peruntukan RM20,000 kepada ADUN
Peruntukan sebanyak RM20,000 sekali bayaran kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tujuan menangani COVID-19 di kawasan masing-masing.
Peruntukan RM2,000 kepada waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia
Waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia akibat COVID-19 layak menerima bantuan sebanyak RM2,000.
Bantuan segera untuk Asnaf
Kerajaan Johor melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan memberikan bantuan segera kepada golongan asnaf yang terkesan dengan wabak COVID-19.
Pekerja sambilan harian
Bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH) atau kontrak Kerajaan akan dibayar gaji seperti biasa.
Pengecualian bayaran sewa dan kelonggaran bayaran sewa
Memberikan pengecualian bayaran sewa kepada peniaga yang menyewa premis Pihak Berkuasa Tempatan seperti kedai dan pasar awam seramai 10,371 penyewa. Peniaga atau perusahaan kecil yang meniaga di premis milik kerajaan dibawah PUJB sebanyak 151 unit akan diberikan kelonggaran pembayaran sewa.
*Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
BACA JUGA : Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan – BNM