Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Bagi B40 Mulai 18 April

Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Bagi B40 Mulai 18 April. Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang tidak berjaya mendapat Bantuan Khas Sarawakku Sayang. Untuk makluman, kepada yang tidak berjaya memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebelum ini, kini anda boleh membuat rayuan mulai 18 April hingga 28 April 2020. Permohonan rayuan BKSS boleh dibuat secara online atau mengisi borang permohonan yang dimuat turun di laman web www.sarawak.gov.my dan hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah masing-masing.

Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Bagi B40 Mulai 18 April

Sebelum ini, penduduk Sarawak yang merupakan Ketua Isi Rumah dan tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah mereka yang secara automatiknya layak menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Bagi B40 Mulai 18 April

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi rayuan :

Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

Peringkat Bayaran Tarikh Bayaran Jumlah Bayaran

Bulan Pertama 15 April 2020          : RM250
Bulan Kedua 15 Mei 2020                 : RM250
Bulan Ketiga 15 Jun 2020                  : RM250
Bulan Keempat 15 Julai 2020           : RM250
Bulan Kelima 15 Ogos 2020              : RM250
Bulan Keenam 15 September 2020 : RM250

Kerajaan Negeri Sarawak telah memenuhi komitmen dan mulai pembayaran BKSS pada 15 April 2020 kepada penerima-penerima yang layak. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa:

a) Fasa Pertama (RM750): selepas 17 April 2020; dan

b) Fasa Kedua (RM750): selepas 17 Julai 2020.

Kriteria Kelayakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Bagi mereka yang memenuhi kriteria-kriteria bantuan khas ini tetapi tidak tersenarai sebagai penerima BKSS boleh membuat rayuan. Kriteria-kriteria kelayakan rayuan BKSS adalah seperti berikut:

  • Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 yang mana jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan;
  • Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan

Cara Mohon Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Sayang

1. Permohonan rayuan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang boleh dimuat turun dari laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan.

2. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon.

3. Permohonan rayuan juga boleh dibuat secara atas talian di laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan

Nota : Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020 melalui laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan

Pemohon digalakkan untuk mengemukakan akaun bank bagi memudahkan bayaran bantuan disalurkan. Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan: Talikhidmat – Tel: 082-555 999 / e-mail: 555999@sarawak.gov.my.

Leave a Reply